Piala Thomas: Misi tumbangkan ‘Samurai’

KUALA LUMPUR- Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia berharap Malaysia dapat menumpaskan Jepun dalam aksi Kumpulan D pada Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand, dari 8-15 Mei ini.

Zii Jia berkata juara 2014 itu diramal menguasai peringkat kumpulan dalam kejohanan berpasukan badminton berprestij dunia itu yang bakal berlangsung di Impact Arena.

Beliau berkata impian Malaysia untuk menjadi juara kumpulan terletak pada kemampuan negara menundukkan pasukan negara matahari terbit itu.

“Pastinya sasaran utama tewaskan Jepun dan mereka bukan pasukan ‘cincai’. Kita juga tidak harus pandang rendah pasukan lain dalam peringkat kumpulan,” katanya ketika ditemui pemberita pada hari pertama kem latihan pusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini, hari ini.

Selain Jepun, skuad kebangsaan diundi bersama England dan New Zealand.

Dalam pada itu, bekas juara All England 2021 itu percaya penampilan pertamanya pada Kejuaraan Badminton Asia di Manila, Filipina dari 26 April-1 Mei ini, dapat dijadikan medan persediaan untuk mendapatkan rentak permainan sebelum mengharungi saingan Piala Thomas.

Pemain nombor tujuh dunia itu yang memilih haluan profesional sejak Januari lepas, teruja dapat kembali ‘berguru’ di ABM dan mengikuti kem latihan selama sembilan hari sehingga 23 April ini.

Beliau juga berpeluang memberi tunjuk ajar kepada atlet ke Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada 12-23 Mei ini yang berlatih bersama mereka.

“Saya teruja dapat kembali ke sini dan berjumpa kawan-kawan saya serta (atlet) junior. Saya tidak sabar untuk berlatih bersama mereka bagi beberapa hari ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky memaklumkan pihaknya telah mengatur strategi termasuk merencana program latihan bagi para pemain yang tersingkir awal di Filipina.

Katanya, ini bagi memastikan mereka tetap bersedia menghadapi saingan Piala Thomas di Bangkok nanti. – Bernama

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker