Isu foto wanita seksi: ‘Saya sedar adegan itu tidak sesuai, mohon maaf’ – Chubb-E



Isu foto wanita seksi: ‘Saya sedar adegan itu tidak sesuai, mohon maaf’ – Chubb-E

PENYANYI dan pelakon Chubb-E tampil memohon maaf selepas menimbulkan kekecohan berhubung beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita seksi.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat Chubb-E menerusi satu hantaran di Instagramnya sebentar tadi.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di Hari Jumaat yang penuh barokah ini Saya Chubb-E, dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada semua, berkenaan gambar dari muzik video lagu Rambang saya sebelum tayangan sebenar yang telah tersebar baru-baru ini.

“Saya sedar gambar berkenaan adalah adegan yang tidak sesuai ditonton oleh mana-mana pihak atau individu.

“Dengan rasa rendah diri saya sekali lagi memohon maaf pada semua di atas kekhilafan saya ini. Sekian dan Salam Ramadhan,” katanya.

Untuk makluman, nama Chubb-E sebelum ini secara tiba-tiba ‘meledak’ di media sosial apabila beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita seksi tular.

Difahamkan, gambar berkenaan merupakan sedutan daripada video muzik lagu terbaharu nyanyian Chubb-E dan Zyc berjudul Rambang.




Berdasarkan dua keping gambar itu, kelihatan seorang model wanita yang sedang duduk di ‘arm rest’ kerusi diduduki Chubb-E.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, model berwajah Pan-Asia itu cuma memakai jaket bagi menutupi lengan dan belakangnya manakala bahagian lain dibiarkan terdedah.

Malah, ada yang mendakwa penampilan model berkenaan terlampau seksi.-GEMPAK

Isu foto wanita seksi: ‘Saya sedar adegan itu tidak sesuai, mohon maaf’ – Chubb-E

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: