Kesalahan Ke Ting Dalam Tragedi Basikal Lajak Berjaya Dibuktikan – Penghakiman penuh

Kesalahan Ke Ting Dalam Tragedi Basikal Lajak Berjaya Dibuktikan – Penghakiman penuh

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan kerani, Sam Ke Ting, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 2017, selepas berpuas hati bahawa kesalahan responden berjaya dibuktikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam penghakiman penuhnya berkata, pihak responden turut didapati gagal mengemukakan pembelaan pada peringkat pendakwaan perbicaraannya.



Beliau berkata, kenyataan tidak bersumpah wanita berusia 27 tahun itu dari kandang tertuduh selepas Mahkamah Tinggi memerintahkannya untuk membela diri, adalah penafian kosong semata-mata yang difikirkan kemudian.

“Responden (Ke Ting) dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri. Namun, versi ini tidak pernah ditimbulkan responden ketika kes pendakwaan.

“Mahkamah Bicara (Mahkamah Majistret) telah terkhilaf apabila gagal menimbangkan pembelaan responden tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan, khasnya responden yang memandu keretanya secara berbahaya, mengambil kira keadaan jalan yang berselekoh dan berbukit.

“Mahkamah Bicara turut terkhilaf apabila menerima pembelaan responden tidak mengetahui adanya aktiviti basikal lajak pada malam kejadian, sebagai alasan untuk memandu keretanya secara berbahaya sehingga mengorbankan lapan mangsa.

“Sehubungan itu, responden seharusnya sedar ada risiko yang mungkin boleh berlaku jika memandu keretanya melebihi had 50 kilometer sejam sebelum sampai di tempat kemalangan,” katanya.



Rabu lalu, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Ke Ting dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 2017.

Abu Bakar dalam keputusannya terhadap rayuan kes itu, turut memerintahkan Ke Ting menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Ia sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu, yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan.

Dalam tragedi berdarah kira-kira jam 3.20 pagi 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, lapan remaja berbasikal lajak maut, manakala empat parah dan empat lagi turut cedera dirempuh kereta.



Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14; dan Haizad Kasrin, 16.

Seterusnya dalam penghakiman penuh itu lagi, Abu Bakar berkata, responden dalam pembelaannya juga gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan.

Sebaliknya, beliau berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Oleh itu, mahkamah ini mengakaskan (mengetepikan) keputusan Mahkamah Bicara yang melepas dan membebaskan responden di akhir kes pembelaan. Mahkamah ini selanjutnya memutuskan responden adalah bersalah dan disabitkan pertuduhan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-BH



Kesalahan Ke Ting Dalam Tragedi Basikal Lajak Berjaya Dibuktikan – Penghakiman penuh

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker