Pengadil Bundesliga Hentikan Permainan Untuk Berbuka Puasa [VIDEO]

Pengadil Bundesliga Hentikan Permainan Untuk Berbuka Puasa

Berlin: Pengadil Bundesliga, Matthias Jollenbeck menghentikan permainan pada minit ke-65 ketika aksi Mainz menentang Augsburg bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa.

Pertahanan Mainz, Moussa Niakhate mengambil peluang itu untuk berbuka puasa dan ia adalah kali pertama dalam sejarah perlawanan dihentikan bagi tujuan itu.

Pengarah Komunikasi Jawatankuasa Pengadil Jerman, Lutz Michael Frohlich, menyokong tindakan pengadil memberhentikan permainan bagi membolehkan pemain berbuka puasa.

“Tidak ada arahan khas dalam hal ini, tetapi sudah tentu kami menyokong pengadil kami untuk membenarkan rehat ketika Ramadan atas permintaan pemain,” kata Frohlich.

Ketika aksi Liga Perdana Inggeris antara Leicester dan Crystal Palace di Stadium King Power, musim lalu, permainan dihentikan seketika bagi membolehkan pertahanan The Foxes Wesley Fofana dan pemain tengah Eagles, Cheikhou Kouyate berbuka puasa.-HM

Pengadil Bundesliga Hentikan Permainan Untuk Berbuka Puasa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker