‘Terpaksa Curi-Curi Jumpa Anak Di Sekolah’..Jamal Abdillah Dakwa Dihalang Bertemu Zaki Yamani

‘Terpaksa Curi-Curi Jumpa Anak Di Sekolah’..Jamal Abdillah Dakwa Dihalang Bertemu Zaki Yamani

SUSULAN pendedahan penyanyi Zaki Yamani berkaitan hubungan renggang dengan bapanya Datuk Jamal Abdillah, penyanyi legenda itu tampil menjelaskan hal sebenar.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, mendakwa dia dihalang bertemu dengan anaknya itu oleh bekas isteri iaitu Fatimatuzahra Samad selepas mereka berpisah

Bagaimanapun Jamal berkata, dia ada bertemu Zaki di rumah seorang kawan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu dan menganggap pertemuan selama setengah jam itu penuh bermakna.

“Hubungan saya dan anak okay saja. Cuma dihalang untuk berjumpa. Beberapa tahun lalu, ada la curi-curi jumpa di sekolah di Kajang.

“Waktu itu sempena majlis hari guru di sekolah itu dan saya dijemput hadir kerana anak saya menyanyi… waktu itu anak saya di tingkatan satu.

“Tapi ibunya tak benarkan dia ke sekolah sekiranya saya hadir… jadi saya terpaksa akur. Tapi saya tetap curi-curi jumpa sebab nak sampaikan duit bulanan pada Zaki.

“Jadi dapatlah saya curi-curi jumpa dia. Hari raya tahun lalu pun ada jumpa. Itu pun di rumah salah seorang sahabat.

Setengah jam perjumpaan itu bagi saya seribu rahmat,” katanya kepada mStar.

Penyanyi berusia 63 tahun itu diminta mengulas mengenai kenyataan Zaki yang meluahkan rasa rindu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersamanya.

Menerusi temu bual bersama Utusan, Zaki mendedahkan kali terakhir dia menyambut lebaran bersama bapanya sekitar lapan tahun lalu.

Katanya lagi, dia memahami bapanya kini sudah mempunyai kehidupan dan keluarga baharu selain enggan mengharapkan hubungan mereka kembali seperti dahulu.

Sementara itu, penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir ini mendedahkan cermin mata yang dipakai Zaki dalam foto yang tular itu merupakan pemberiannya.

“Dalam gambar yang tersebar itu, saya notis cermin mata yang dipakai itu adalah pemberian saya kepada Zaki pada malam tu,” ujarnya

Ditanya mengenai kemelut dengan bekas isteri, Jamal memilih untuk tidak memperbesarkan perkara itu kerana menganggap dia mampu menguruskannya dengan baik.

“Perkara ini tak perlu diperbesarkan… semua akan saya handle dengan baik, Insya-Allah,” kata Jamal.

Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra Samad.

Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.

Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu.-mSTAR

‘Terpaksa Curi-Curi Jumpa Anak Di Sekolah’..Jamal Abdillah Dakwa Dihalang Bertemu Zaki Yamani

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker