Tiga pelajar sekolah maut, merempit waktu solat tarawih

Tiga pelajar sekolah maut, merempit waktu solat tarawih

JELI – Tiga pelajar sekolah maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang ditunggang mereka bergesel antara satu sama lain semasa berlumba haram sewaktu umat Islam sedang bersolat tarawih di Jalan Kampung Sungai Satan – Jalan Malaysia di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Muhammad Nordanial Izuan Izaraman, 15, maut di lokasi kejadian manakala dua rakannya, Muhamad Firdaus Mohd. Azli, 15 dan Ahmad Tahfiz Irfan Ahmad Nasri, 14, menghembuskan nafas terakhir semasa dirawat di Hospital Jeli di sini.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, seorang lagi mangsa, Muhammad Aidil Darwisy Mohammad Azhary, 15, pula cedera parah pada bahagian kepala dan kini menerima rawatan di hospital sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, keempat-empat remaja itu masing-masing menunggang motosikal jenis SYM Bonus, Honda EX5, Modenas Kriss dan Demak Evo Z dipercayai sedang berlumba di kawasan jalan kampung tanpa memakai topi keledar.

“Mereka dipercayai berlumba bermula dari arah Kampung Satan menuju ke Jalan Malaysia dengan melalui laluan gelap tanpa lampu jalan.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal ditunggang salah seorang mangsa dipercayai bergesel sesama sendiri sehingga menyebabkan berlaku perlanggaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Menurut Shuhaimi, insiden itu menyebabkan salah seorang maut di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya dihantar ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Katanya, bagaimanapun, dua daripada mereka disahkan meninggal dunia di hospital itu manakala seorang lagi masih parah. K Online

Tiga pelajar sekolah maut, merempit waktu solat tarawih


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung



Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker