15 Mei tarikh akhir pemberian dos 1 PICKids Covid-19

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) memutuskan 15 Mei depan sebagai tarikh akhir pemberian dos satu vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids).

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, sehubungan itu mulai 16 Mei, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi menawarkan dos satu vaksin Covid-19 jenis Comirnaty dan CoronaVac kepada kanak-kanak yang telah berusia lima hingga bawah 12 tahun.

“Dengan pengumuman ini, ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum menerima vaksin Covid-19, perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi Covid-19 sebelum 15 Mei.

“Selepas tarikh ini, vaksin kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia.

“Manakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta. Bagaimanapun, keputusan ini tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan belum mencapai usia lima tahun pada 15 Mei,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kanak-kanak dalam kategori itu boleh mendapatkan vaksinasi Covid-19 dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dan perincian mengenai vaksinasi kumpulan ini akan diperjelaskan dalam masa terdekat.

Tambah beliau, keputusan itu dibuat berikutan trend permintaan vaksinasi ibu bapa serta penjaga terhadap kanak-kanak yang semakin menurun dan KKM telah mengkaji semula tempoh pelaksanaan PICKids.

Ujarnya lagi, permintaan vaksinasi yang rendah boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi dan bagi mengelakkan pembaziran vaksin Comirnaty kanak-kanak yang tidak digunakan dalam tempoh enam bulan selepas dikeluarkan oleh pengilang, penetapan tarikh akhir dos satu perlu dibuat.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker