Lagi penduduk Palestin ditembak mati tentera Israel

Lagi penduduk Palestin ditembak mati tentera Israel

NABLUS, TEBING BARAT – Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan bahawa tentera Israel telah menembak mati seorang warga Palestin di bandar Nablus pada hari kelima operasi ketenteraan di Tebing Barat.

“Pemuda itu, Muhammad Hassan Muhammad Assaf, 34, maut selepas ditembak di dada oleh tentera Zionis semasa pencerobohan di bandar Nablus,” kata kementerian itu.

Tiada ulasan dibuat oleh tentera Israel berkenaan kejadian tersebut.

Perkhidmatan perubatan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan bahawa seramai 31 penduduk cedera di lokasi tersebut dan di kampung berhampiran termasuk 10 orang turut terkena tembakan.

Tentera Zionis telah meningkatkan serbuan dan penangkapan di seluruh Tebing Barat selepas empat serangan berlaku di Israel dalam tempoh tiga minggu lalu menyebabkan 14 orang terbunuh termasuk satu kejadian tembakan minggu lalu di tengah-tengah bandar Tel Aviv.

Mereka juga dilaporkan membunuh 16 rakyat Palestin dalam tempoh yang sama, demikian menurut kiraan AFP.

Kelab Tahanan Palestin kemudiannya melaporkan sebanyak 14 penangkapan baharu dalam tempoh semalaman di seluruh Tebing Barat. – AFP

Lagi penduduk Palestin ditembak mati tentera Israel


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker