Fasha Sandha sedia dikecam

Fasha Sandha sedia dikecam

Pelakon Fasha Sandha, 38, tidak kisah jika dia terpaksa berdepan kecaman netizen apabila melakonkan watak antagonis sebagai wanita ‘perampas’ dalam drama Khilaf Asmara arahan Uchee Fukada.

Fasha yang melakonkan watak Hanim berkata, dia sudah dapat merasakan bakal berhadapan kecaman netizen apabila drama itu ditayangkan nanti.



“Sejujurnya ketika saya membaca skrip ini, saya tahu akan dikecam tapi saya tak kisah dengan kecaman itu sebab nak beri terbaik kepada penonton.

“Saya pada mulanya memang risau juga dengan kecaman sebab saya isteri orang, Fattah suami orang, semua pelakon sudah berpasangan ‘in real life’ dan kita pula bawa watak sebegini,” katanya ditemui pada sidang media secara virtual drama itu.

Menurut Fasha, bagi penonton yang akan kecam, mereka sebenarnya boleh juga memandang dari sudut berbeza mengenai drama itu yang memberi pengajaran untuk diambil sebagai contoh.

“Selain saya asyik fikirkan kecaman, lebih baik tengok pada cerita ini yang memberi pengajaran kepada penonton. Mereka banyak dapat belajar dan saya lebih pandang sudut positif daripada orang kecam saya.



“Saya penat bawakan watak Hanim ini kerana bermain banyak emosi, tapi saya puas hati. Walaupun tak sempurna, namun sekurang-kurangnya saya sudah cuba berikan yang terbaik,” katanya.

Mengulas mengenai dirinya yang hingga kini aktif berlakon dan laris, ibu tiga cahaya mata ini berkata, itu adalah rezeki anak-anaknya.

Katanya, ia tiada kena-mengena langsung dengan tidak memberi peluang kepada pelakon baharu.

“Saya memandang ini (tawaran kerja) positif walaupun sebenarnya saya penat dan rasa perlukan rehat. Tapi, apabila dapat sesuatu naskhah dan skripnya pula bagus, saya jadi sayang nak tolak. Saya fikir nak bercuti, tapi bila cerita dan watak itu memang sesuai dengan saya dan rezeki anak-anak untuk saya buat simpanan, tak apalah kerja dulu. Sampai masa suatu hari nanti, saya boleh rehat,” katanya.



Turut berlakon dalam drama yang akan ditayangkan mulai 18 April ini di TV3 itu ialah Fahrin Ahmad, Fattah Amin dan Nelydia Senrose. HM

Fasha Sandha sedia dikecam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung



Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker