ADUN Kelantan kena scam hampir RM85,000

ADUN Kelantan kena scam hampir RM85,000

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan kerugian RM84,529 selepas diperdaya sindiket Macau Scam kelmarin.

Mangsa berusia 50-an itu hanya menyedari ditipu pagi semalam, selepas ke Bank Islam dan Bank Muamalat untuk menyemak baki akaun, selain untuk membuat kad bank baharu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan, Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa sebelum itu dikatakan menerima panggilan daripada seorang lelaki menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM52,900.

Katanya, ia membabitkan cukai terkumpul disebabkan kemasukan wang tunai RM200,000 ke akaun syarikat didakwa milik mangsa, tetapi perkara itu dinafikan wakil rakyat terbabit.

“Susulan itu, suspek menyuruh mangsa membuat laporan polis sebelum talian disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

“ADUN berkenaan kemudian diminta mengesahkan segala pemindahan wang terbabit tidak benar, sebelum talian disambung kepada seorang wanita kononnya pegawai dari JSJK Melaka yang bergelar ‘Datuk’.

“Ketika perbualan berlangsung, mangsa diminta membuat pengesahan akaun miliknya dengan mengisi pautan Bank Negara yang diberikan melalui WhatsApp,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Pada 10.30 pagi semalam, katanya, mangsa ke Bank Islam di Kota Bharu untuk menyemak baki akaun dan membuat kad bank baharu, sebelum dimaklumkan baki dalam akaun banknya berkurangan sebanyak RM71,480.

“Mangsa kemudian ke Bank Muamalat untuk membuat kad bank baharu dan dimaklumkan baki akaun bank miliknya berkurangan sebanyak RM13,049 menerusi dua transaksi pengeluaran.

“Jumlah keseluruhan kerugian dialami mangsa sebanyak RM84,529 dan mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu tengah hari tadi.”

Katanya, polis giat mengesan suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. FMT

ADUN Kelantan kena scam hampir RM85,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker