Tiada siapa minat beli Kelantan FC

Tiada siapa minat beli Kelantan FC

‘Siapa berani labur untuk lebur?’

Itulah kenyataan yang harus difahami jika mahu membeli sebuah kelab bola sepak di Malaysia yang sejak bertahun lalu hanya mampu ‘mendatangkan masalah’ berbanding ‘membuat duit’.



Terbaharu kemelut membabitkan Kelantan FC apabila pemiliknya, Norizam Tukiman dikatakan mahu melepaskan sepenuhnya saham pasukan terbabit.

Sehingga kini hasrat Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham tampak tidak ‘berbalas’ apabila tiada pihak menyatakan minat atau sekurang-kurangnya ‘merisik’ bagi mendapatkan kepastian.

Bagi pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli, banyak pertimbangan akan dibuat apatah lagi ‘urusan jual beli’ membabitkan pasukan bola sepak sudah pasti tidak semudah seperti membeli barangan daripada kedai runcit.

“Susah (orang mahu beli) tambah pula mahu melabur untuk perkara yang tiada jaminan dan nanti akan jadi duit hangus. Kita bagi contoh, Zamsaham lepaskan Kelantan FC pada harga tertentu tapi belum tentu akan dapat pulangan lagi.



“Dalam industri bola sepak di negara ini, memang sukar untuk mengharapkan keuntungan dan pulangan daripada pelaburan ini, semuanya hangus.

“Pasukan bola sepak di sini belum ada pakej lengkap seperti mempunyai pelbagai aset, pemegang saham, jenama yang sudah ‘established’ untuk dijadikan sebagai sandaran atau cagaran jika berlaku sesuatu yang merugikan dalam pelaburan itu.

“Berbeza dengan perniagaan kerana apabila kita keluarkan modal, kita boleh buat unjuran bila boleh dapat keuntungan tetapi untuk bola sepak, ia tidak berlaku.

“Perkara paling penting adalah kalau betul Kelantan FC akan dijual, pembeli itu nanti perlu ada minat dalam bola sepak ini. Kalau ada, dia akan faham asam garam dunia bola sepak dan tidak mudah kecewa,” katanya.



Terdahulu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa melihat nilai sekurang kurangnya RM10 juta adalah ‘tanda harga’ yang wajar jika Norizam benar benar serius untuk melepaskan sepenuhnya saham pasukan itu.

Jelasnya, itu nilai paling realistik memandangkan setidak tidaknya amaun itu boleh dikatakan ‘balik modal’ terutama selepas Norizam sudahpun melabur RM6.8 juta bagi mendapatkan pasukan itu.

Dalam perkembangan sama, Pekan juga melihat tindakan Zamsaham yang memberi bayangan untuk melepaskan pasukan itu lebih kepada luahan perasaan selepas pasukan ‘The Red Warriors’ itu dilanda ‘badai’ daripada segenap penjuru.

“Bermula dengan prestasi pasukan, drama dengan bekas jurulatih serta desakan penyokong, mungkin inilah kekecewaan yang cuba dilontarkan Zamsaham.



“Mungkin dia rasa tidak dihargai namun dalam bola sepak, inilah antara ragam yang perlu dihadapi,” katanya. BH

Tiada siapa minat beli Kelantan FC

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker