Lelaki bakar diri disangka buat pertunjukan jalanan

Terdapat netizen yang berpendapat orang ramai mungkin menyangka bahawa lelaki itu sedang membuat pertunjukan jalanan. – Turkey Posts

ISTANBUL – Orang ramai yang menyaksikan insiden seorang lelaki membakar dirinya di hadapan Menara Galata, Turki dikecam netizen kerana bertindak merakam swafoto bersama mangsa tanpa menghulurkan bantuan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Berdasarkan klip video yang tular di media sosial, mangsa yang memakai kostum ‘Grim Reaper’ atau dikenali sebagai ‘malaikat maut’ itu dilihat dalam keadaan terhuyung-hayang ketika api membakar badannya.

Selepas beberapa ketika berguling di atas jalan, pemilik sebuah kedai akhirnya membantu memadamkan kebakaran dengan menyembur cecair pemadam api kepada mangsa.

Lelaki yang dilaporkan melumurkan badannya dengan minyak petrol sebelum menyalakan api itu bagaimanapun terselamat dan mampu bercakap dengan pihak berkuasa selepas diberikan bantuan kecemasan.



Selepas klip video tersebut dikongsikan di media sosial, ramai netizen meluahkan rasa kecewa mereka terhadap reaksi orang ramai yang menyaksikan insiden itu.

Seorang individu membuat spekulasi bahawa pengunjung mungkin menyangkakan bahawa insiden tersebut adalah sebuah pertunjukan jalanan.

“Saya akan menyangkakan ia adalah pertunjukan jalanan dan mungkin orang lain turut berfikir perkara yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, menurut laman berita Turkey Posts, Gabenor Istanbul telah mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian tersebut.



“Hari ini kira-kira pukul 6.30 petang (waktu tempatan) di daerah Beyoglu, berhampiran Menara Galata, mangsa yang dikenali sebagai ACTP telah cuba membakar dirinya menggunakan bahan mudah terbakar yang disiram pada badannya.

“Selepas dibantu penduduk setempat, api berjaya dipadamkan dan mangsa dibawa ke hospital oleh pasukan 112 Emergency Health. Rawatan masih diteruskan dan siasatan mengenai insiden telah dimulakan,” demikian menurut kenyataan tersebut. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker