Suami nekad bunuh kekasih isteri yang curang

JAKARTA – Gara-gara cemburu isteri bermain kayu tiga, seorang lelaki di Jayapura Selatan dalam wilayah Papua didakwa kerana membunuh teman lelaki wanita itu dengan menggunakan batu, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menurut polis, suspek yang bernama  Theodorus B @ Theo, 33, menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas mayat mangsa, Luki Laratmase, 32, ditemui Ahad lalu.

Ketua Polis Jayapura Kota, Victor Dean Mackbon berkata, pembunuhan itu berlaku ketika suspek keluar mencari isterinya yang dikatakan melarikan diri dari rumah mereka.

Suspek dilaporkan pergi ke rumah mangsa untuk mencari isterinya, namun tidak menemui wanita itu.

Ketika kedua-dua mereka  mencari wanita itu bersama-sama, suspek bertindak membunuh mangsa dengan menggunakan batu.

“Mangsa telah beberapa kali keluar bersama isteri suspek. Disebabkan berasa sakit hati, suspek bertindak membunuh mangsa,” kata Victor.

Buat masa ini, polis masih menyiasat sama ada suspek merancang untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Dia kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Jayapura Kota dan jika disabitkan dengan kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker