Padu! Hati Lembu Goreng Dengan Nasi Panas, Antara Makanan Beri Tenaga Lepas Berbuka Puasa

Padu! Hati Lembu Goreng Dengan Nasi Panas, Antara Makanan Beri Tenaga Lepas Berbuka Puasa

PENGAMBILAN makanan berkhasiat sangat penting ketika berbuka puasa untuk mengembalikan tenaga selepas seharian menahan lapar dan dahaga.

Makanan terbaik untuk berbuka puasa adalah daripada jenis yang mudah dihadam agar sistem pencernaan tidak terkejut.

Berikut adalah 10 jenis makanan terbaik untuk mengembalikan tenaga selepas berpuasa.

1. Kurma

Kurma adalah sumber nutrisi yang sering dimakan untuk berbuka puasa secara turun temurun oleh umat Islam. Kurma adalah makanan sumber tenaga terbaik – 100 gram kurma mengandungi lebih daripada 60 gram karbohidrat.

Selain itu, kurma juga mengandungi banyak mikronutrien seperti kalsium, kalium, magnesium dan vitamin B.

2. Pisang

Pisang adalah buah mudah dicerna tetapi ia juga merupakan sumber tenaga yang baik. Ia juga sumber gula dan kaya dengan serat yang membantu melambatkan pencernaan gula tersebut.

Pisang mengandungi nutrisi bermanfaat yang membuat tubuh berasa lebih bertenaga.

3. Avocado

Avocado mengandungi protein dan serat yang dapat membantu mempertahankan tingkat tenaga sepanjang hari. Ia juga mengandungi lemak baik yang dapat meningkatkan tenaga.

4. Ikan berlemak

Ikan merupakan sumber protein dan vitamin B yang baik. Ikan seperti salmon, sardin dan tuna mudah dicerna tubuh sehingga dapat memberikan tenaga berpanjangan.

Omega-3 juga dapat meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan keradangan dalam tubuh.

5. Hati lembu

Hati lembu merupakan salah satu sumber makanan terbaik malah memiliki kandungan B12 lebih tinggi berbanding daging lembu. Sepotong daging lembu seberat mengandungi 1.5mcg vitamin B12 sedangkan hati lembu dengan berat sama mengandungi 60 mcg B12.

6. Telur

Sebiji telur rebus mengandungi 6 gram protein, 5 gram lemak selain vitamin dan mineral yang membantu menjaga tubuh agar tetap bertenaga dan berasa kenyang lebih lama.

7. Sayur-sayuran hijau

Sayur-sayuran berdaun hijau gelap umumnya sarat dengan nutrisi dan antioksidan yang mampu membuat seseorang berasa kenyang lebih cepat.

8. Ubi

Ubi kentang, ibu keledek dan sebagainya kaya dengan serat selain karbohidrat untuk mengembalikan tenaga selepas berpuasa.

9. Oat

Semangkuk oat boleh menjadi cara terbaik untuk mengembalikan tenaga kerana ia kaya dengan serat, mineral, vitamin dan fenolik yang membantu memberikan tenaga pada tubuh.

10. Yogurt

Bagi yang gemarkan produk berasaskan susu, yogurt boleh jadi pilihan ketika berbuka kerana ia kaya dengan protein, lemak dan karbohidrat yang mampu memberi tenaga.

Padu! Hati Lembu Goreng Dengan Nasi Panas, Antara Makanan Beri Tenaga Lepas Berbuka Puasa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker