Caprice tawar kereta percuma selepas kes saman fitnah SM Faisal selesai

Caprice tawar kereta percuma selepas kes saman fitnah SM Faisal selesai

Kes saman fitnah ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice, diselesaikan secara baik di luar mahkamah, hari ini.

Saman fitnah itu berhubung hantaran berbaur fitnah yang didakwa dilakukan selebriti berkenaan menerusi laman Instagramnya mengenai kes bekas isteri SM Faisal, Emilia Hanafi.



Perkembangan baharu itu dimaklumkan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili SM Faisal selepas Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, meminta maaf kepada anak guam dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azian Othman, hari ini.

Akberdin ketika ditemui media berkata, Caprice juga perlu memohon maaf dalam tempoh 48 jam menerusi Instagramnya.

“Terma lain dalam penyelesaikan kes termasuk jumlah kos (perlu dibayar oleh Caprice kepada anak guam) adalah sulit,” katanya.

SM Faisal pula menzahirkan rasa syukur kes diselesaikan secara baik.



Sementara itu, Caprice memaklumkan akan menghadiahkan sebuah kereta jenis Kia Sportage kepada pengikutnya di Instagram sempena penyelesaian kes itu.

“Kedua-dua pihak setuju selesaikan kes itu secara baik. Saya nak bagi kereta percuma yang dibeli sebelum ini dan buat kempen hentikan keganasan rumah tangga.

“Saya juga akan minta maaf di Instagram, penjelasan mengenai tindakan itu akan diberi,” katanya.

Penyanyi itu diwakili peguam, Harjoth Singh.



SM Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini menerusi Tetuan Akberdin & Co, pada 15 Ogos tahun lalu dengan menamakan Caprice sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan SM Faisal berkata, pada 27 Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan Emilia, 43, menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah komital mahkamah.

Plaintif mendakwa insiden itu kemudian dimanipulasikan oleh pihak tertentu dengan niat jahat tanpa sebarang rujukan atau pengesahan daripada pihak plaintif. BH

Caprice tawar kereta percuma selepas kes saman fitnah SM Faisal selesai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen



Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG



Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker