Tiada lagi sidang akhbar SOP Pak Long Mail

Tiada lagi sidang akhbar SOP Pak Long Mail

Hishammuddin ambil alih tugas Ismail Sabri hari ini

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mengambil alih tugas mengeluarkan kenyataan media harian Task Force Operasi Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai hari ini.



Ia termasuk menjelaskan pelbagai maklumat mengenai penguatkuasaan undang-undang mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) khususnya menangnai COVID-19 di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sejak 20 Mac 2020, beliau memikul tanggungjawab sebagai Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan) yang antara lain turut mengeluarkan kenyataan media harian berkaitan pematuhan dan penguatkuasaan undang-undang mengawal penularan COVID-19.

“Seperti yang semua maklum, Hishammuddin sudah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) apabila saya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Sebagai Menteri Kluster Keselamatan yang baharu, maka beliau akan mengambil alih tugas yang saya laksanakan sebelum ini berkenaan dengan COVID-19.



“Sehubungan itu, mulai esok, 27 Julai 2021, tugasan pengumuman harian berkaitan aktiviti penguatkuasaan serta SOP PKP akan diteruskan Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan),” katanya dalam satu kenyataan, semalam .

Ismail Sabri berkata, sepanjang satu tahun, empat bulan dan enam hari, beliau setiap hari menerima serta mengumumkan laporan mengenai pematuhan SOP, kawalan sempadan dan memberi penjelasan kepada rakyat situasi semasa keselamatan dalam tempoh PKP serta Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam Task Force Operasi Pematuhan. BH

Tiada lagi sidang akhbar SOP Pak Long Mail




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker