Tolonglah Taki, adakah ini demokrasi Malaysia?

Tolonglah Taki, adakah ini demokrasi Malaysia?

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan adakah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja Melayu bersetuju dengan Ordinan Darurat yang ditamat pada 21 Julai lalu?

Beliau berkata, jika YDPA bersetuju kenapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak menyatakan dalam sesi penerangan persidangan khas Parlimen pagi tadi.

Sambil mempertikaikan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan keputusan itu secara tiba-tiba di Parlimen, adakah ini sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya ada beberapa soalan nak tanya, mengapa pembatalan Ordinan Darurat tiba-tiba diumumkan di Parlimen? Adakah anda pasti Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu telah menyetujuinya pada 21 Julai?

“Kalau setuju di mana wartanya? Tolonglah (jawab) Taki. Macam inikah demokrasi Malaysia diamal dan dilaksanakan?,” soal beliau menerusi ciapan Twitternya, hari ini.

Pada pagi tadi, Takiyuddin dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati YDPA untuk mengisytiharkan pelanjutan darurat, yang dijadual tamat pada 1 Ogos ini.

Menurut beliau, kerajaan juga memutuskan untuk membatalkan ordinan-ordinan yang dibuat semasa Proklamasi Darurat dikuat kuasa.

Katanya, kerajaan membuat keputusan berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembangaan Persekutuan untuk membatalkan ordinan darurat, maka isu ungkai atau annulment tidak lagi relevan, enam ordinan dibatal berkuat kuasa 21 Julai lalu. MG

Tolonglah Taki, adakah ini demokrasi Malaysia?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker