Puad Zarkashi jangan jadi batu api, hentikan percakaran dalam parti

Puad Zarkashi jangan jadi batu api, hentikan percakaran dalam parti. Datuk Mohd Puad Zarkashi diingatkan tidak menjadi batu api namun perlu memberi sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha membantu rakyat yang kini terkesan akibat pandemik COVID-19.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Mohamed Zulkepli Omar berkata, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu juga perlu mengelakkan percakaran sesama sendiri dan bekerjasama untuk meraih kepercayaan rakyat dalam situasi yang getir sebegini.

“Bila kita bercakaran, bila pula masa kita hendak membantu rakyat? Ini masa fokus kepada usaha membantu rakyat dan bertolak ansur antara satu sama lain.

“Dia (Puad) banyak menghentam dan banyak yang tidak kena di matanya, tetapi bagi saya tidak perlu kita membuat perbandingan. Apa yang penting kita dahulukan, yang kurang penting kita kemudiankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini Puad dilaporkan berkata, Ismail Sabri tidak boleh melangkaui kepemimpinan parti meskipun memegang jawatan dalam kerajaan kerana dalam kedudukan parti, beliau adalah Naib Presiden dan bukannya Presiden, Timbalan Presiden atau Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Katanya, jawatan TPM yang disandang Ismail Sabri bukan tiket untuk ‘bulldoze’ Presiden UMNO dan Pengerusi BN sebaliknya perlu mendapat persetujuan Presiden UMNO jika membabitkan soal parti.

Mohd Puad bekata demikian sebagai mengulas pertemuan Ismail Sabri dengan 40 Ahli Parlimen BN di Parlimen pada Khamis lalu berhubung sokongan untuk mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Mohamed Zulkepli menjelaskan, paling penting sekarang Mohd Puad memberi sokongan kepada Ismail Sabri kerana UMNO amat memerlukan kapasiti jawatan itu untuk membantu parti demi menjaga rakyat di kawasan masing-masing.

Puad Zarkashi jangan jadi batu api, hentikan percakaran dalam parti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis ugut tahan saya, kata pengerusi PAC

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker