Bapa Maut, Anak Berusia 8 Tahun Selamat Dalam Kebakaran

Bapa Maut, Anak Berusia 8 Tahun Selamat Dalam Kebakaran

KUANTAN: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia manakala anaknya yang berusia lapan tahun cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Padang Perdana, dekat sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata, kejadian yang berlaku sekitar pukul 11 malam itu melibatkan sebuah rumah teres.

“Dianggarkan separuh daripada kediaman tersebut musnah sama sekali dalam kebakaran itu. Pihak kami menemukan mangsa  berusia 39 tahun yang merupakan bapa kepada kanak-kanak itu dalam bilik air rumah berkenaan dan  disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan.

“Namun, anak mangsa yang ditemukan selamat hanya mengalami kecederaan di bahagian tangan (melecur) dan sudah menerima rawatan awal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata, pasukan  bomba dengan kekuatan 24 anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Indera Mahkota dan Kuantan yang ke lokasi kejadian dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan.

Tambah beliau, operasi terkawal sekitar pukul 11.57 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – Utusan

Bapa Maut, Anak Berusia 8 Tahun Selamat Dalam Kebakaran

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker