Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel

Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel

MOSCOW – Wanita di Rusia menggerakkan kempen menggunting beg Chanel milik mereka sebagai tanda protes selepas dihalang daripada membeli barangan jenama mewah itu susulan perang di Ukraine, lapor akhbar MailOnline semalam.

Rakaman video menunjukkan model dan selebriti Rusia menggunting beg Chanel milik mereka itu dimuat naik ke laman sosial.

Chanel juga meminta warga Rusia di luar negara yang berhasrat membeli barangannya untuk menandatangani aku janji bahawa mereka tidak akan memakai atau memaparkan jenama itu di Moscow.

Ketika kebanyakan golongan elit Rusia tidak memberi sebarang maklum balas berhubung perang atau kematian yang berlaku di Ukraine, sekatan oleh Chanel itu membuatkan mereka terasa seperti menjadi sasaran kempen ‘Russophobia’ atau fobia dengan Rusia.

Pelakon Rusia, Marina Ermoshkina, 28, menganggap tindakan Chanel itu tidak wajar dan dia menentang mana-mana jenama yang menyokong Russophobia.

“Jika memiliki Chanel bermakna saya perlu menjual tanah air saya, maka saya tidak memerlukan Chanel,” katanya

Model Rusia yang berpangkalan di Monaco, Victoria Bonya, 42, pula berkata, Chanel bersikap kurang ajar dan tidak menghormati pelanggan mereka.

“Saya orang Rusia, tinggal di Eropah dan saya enggan memakai Chanel. #ByeByeChanel,” tulis Bonya.

Dalam satu kenyataan pada minggu ini, Chanel berjanji akan menambah baik prosedur pembelian dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“Kami memahami bahawa langkah-langkah ini yang bertujuan mematuhi keperluan undang-undang, mungkin menimbulkan kesulitan tertentu untuk sesetengah pelanggan,” tulis kenyataan itu. K Online

Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker