Kegiatan pelacuran aktif semula selepas pintu sempadan dibuka

Kegiatan pelacuran aktif semula selepas pintu sempadan dibuka

Aktiviti persundalan pada harga serendah RM45 di daerah Seremban dipatahkan pihak berkuasa selepas dipercayai aktif semula susulan pembukaan sempadan negara.

Difahamkan, dua hotel bajet yang menjadi aktiviti persundalan itu mula beroperasi sejak dua minggu lalu, termasuk menawarkan wanita warga asing berusia antara 25 hingga 35 tahun.



Bagaimanapun, operasi haram itu tidak bertahan lama apabila polis melakukan serbuan dalam Ops Noda, pada 3 petang, hari ini, menyaksikan lapan wanita warga asing ditahan.

Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof, berkata risikan pihaknya mendapati kegiatan itu mulai aktif selepas pintu sempadan negara dibuka, 1 Apr lalu.

“Kita percaya apabila negara kini memasuki fasa peralihan endemik, kegiatan pelacuran di hotel bajet sebegini mula aktif semula.

“Hasil siasatan awal mendapati kegiatan bermula 12 tengah hari sehingga enam petang atau kemungkinan lebih daripada itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.



Terdahulu, operasi yang dijalankan Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi (D7) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban itu, turut menahan lima pelanggan termasuk tiga warga tempatan berusia antara 25 hingga 35 tahun.

“Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 372A dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63,” katanya. FMT

Kegiatan pelacuran aktif semula selepas pintu sempadan dibuka


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap



Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker