Tiada kompromi pengunduran Rusia – Zelenskyy
KIEV – Presiden Volodymyr Zelenskyy menyatakan bahawa beliau hanya menerima pengunduran sepenuhnya tentera Rusia dari semua kawasan di Ukraine sebagai penyelesaian konflik tersebut, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Kata Zelenskyy, beliau tidak keberatan untuk duduk berbincang dengan Presiden Vladimir Putin sekali lagi selepas gencatan senjata dilaksanakan dan askar Kremlin meninggalkan Ukraine.
Tambahnya, dunia tidak seharusnya mengharapkan beliau terus berbincang dengan Putin sekiranya serangan masih berlaku.
“Tembakan meriam dan kereta kebal tidak boleh memaksa kami atau menentukan masa depan Ukraine. Inilah apa yang Rusia cuba lakukan apabila memulakan peperangan,” kata Zelenskyy kepada saluran berita CBS News dalam temu bual secara maya yang disiarkan kelmarin.
Ketika ditanya oleh pengacara program berita, Face the Nation itu mengenai sama ada beliau akan berpuas hati terhadap syarat selain pengunduran penuh tentera Rusia , Zelenskyy berkata, pengunduran Moscow perlu menjadi syarat utama.
“Itu adalah syarat minimum yang perlu dilakukan untuk Moscow memulakan penamatan pencerobohan. Tentera Rusia perlu berundur 100 peratus dan kembali ke sempadan-sempadan mereka seperti sebelum serangan bermula pada 24 Februari lalu,” ujarnya.
Tambah Zelenskyy, pengunduran askar Rusia akan membuka jalan kepada perbincangan antara Kiev dan Moscow, namun itu tidak bermaksud beliau terbuka untuk berbincang sebelum langkah itu dilaksanakan.
“Pertama, gencatan senjata, kemudian barulah kita boleh mengadakan mesyuarat dengan Putin jika mereka mempunyai pendekatan yang berkesan. Mengapa perlu ada pertumpahan darah?” tegasnya.
Dalam pada itu, Zelenskyy turut menyifatkan serangan Rusia ke atas Ukraine sebagai pembunuhan beramai-ramai selepas terdapat laporan mendakwa menemui kubur besar yang menempatkan mayat 280 penduduk Ukraine di bandar Bucha.
“Ini adalah pembunuhan beramai-ramai. Askar Rusia cuba menghapuskan penduduk Ukraine,” katanya. – AGENSI
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Resepi Nasi Hujan Panas Sedap Sangat
- Kerajaan Umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam, RM250 Buat Pesara
- Kim Yo-Jong beri amaran keras kepada Korea Selatan
- Resepi daging paprik merecik
- Putin guna ‘kembar’ untuk tujuan keselamatan
- Isham guna pantun pujuk Rafizi berdebat
- Najib tidak beri kelulusan – Saksi
- Tiada siasatan baharu terhadap Mahathir seperti didakwa
- Resepi udang masak diraja viral
- Perogol bersiri dipenjara 650 tahun
- Aksi ‘seksi’ Iqram Dinzly ditegur Pensyarah USIM
- Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Solat Terawih Di Times Square New York
You must be logged in to post a comment.