Lelaki Thai bakar jiran kerana ayam jantan buat bising

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand dilaporkan menyimbah minyak petrol pada badan seorang jirannya lalu membakar mangsa hidup-hidup ketika dia berehat di kerusi rumahnya pada Khamis lalu, lapor laman berita Thaiger.

Beberapa saksi kejadian berkata, mereka melihat mangsa yang dijilat api, berlari keluar dari rumahnya pada pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan). Lelaki itu dilaporkan terselamat tetapi badannya teruk melecur.

Seorang saksi turut membe­ritahu bahawa kedua-dua lelaki itu kerap bertengkar mengenai ayam jantan milik mangsa yang sering membuat bising. Rumah kedua-dua lelaki tersebut hanya berjarak kira-kira 10 meter.

Kriangkrai ‘Yong’ Pimmongkon, 35, yang tinggal di Samut Prakan, tenggara Bangkok dikatakan pergi ke rumah jirannya lalu menyiram minyak petrol ke badan mangsa sebelum menyalakan api.

Mangsa yang bernama Cha­roen Rukkachart, 40, dilihat berlari keluar dari rumah dengan badannya yang terbakar. Jiran-jiran segera mendapatkan air lalu menyimbah mangsa untuk mema­damkan api.

Charoen segera dikejarkan ke hospital. Dia mengalami luka melecur hampir 70 peratus yang merebak di seluruh badannya dari kepala hingga kaki. Seorang saksi berkata, bunyi bising ayam jantan Charoen mengganggu Yong dan mereka sering bertengkar mengenainya.

Seorang pegawai polis memberitahu media Thailand bahawa pertengkaran mengenai ayam dilihat sebagai motif yang terlalu ringan dan pihaknya akan terus menyiasat kes tersebut. Yong juga pernah disabitkan dengan dua atau tiga kes dadah sebelum ini. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker