Cukuplah sekali ABU – Shahril

Cukuplah sekali ABU – Shahril

Kerajaan yang terbentuk dan berniat semata-mata untuk menafikan atau menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya untuk jangka masa lama.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, sejarah telah membuktikan Semangat Asal Bukan UMNO (ABU) yang pernah dilakukan dahulu ternyata gagal.

“Kerjasama strategik untuk menewaskan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini sedang hangat diusahakan sesetengah pihak. Ini bukan benda baru. Kita pernah lihat ia berlaku atas semangat ABU, malah pernah berjaya menang pun semasa PRU14.

“Tetapi apa berlaku selepas itu? Retak dari dalam. Sebab apa? Sebab sebuah kerajaan yang terbentuk dan berniat semata-mata atas prinsip menafikan UMNO/BN, tidak akan berjaya untuk jangka masa lama. Pembuatan dasar akan celaru, persaingan, syak wasangka dan rasa tak puas hati sesama sendiri akan kian membuak,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) yang diwujudkan kini adalah selepas jatuhnya Pakatan Rakyat apabila Pas keluar dari gabungan tersebut akibat tiada keharmonian ideologi dan matlamat.

“PH pun sama. Perbalahan dalam dan antara parti komponen kerana tidak ada agenda bersama selain ABU. Sejarah telah membuktikan. Pakatan sebegini, setelah tercapainya ABU, tidak ada lagi yang menyatukan.

“Berilah peluang kepada kestabilan semasa memilih nanti. Cukuplah sekali ABU. Ayuh Malaysia kembali kepada BN,” ujarnya. Sinar

Cukuplah sekali ABU – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker