Pensyarah bantu pelajar B40 beli laptop siapkan tesis akhir

Pensyarah bantu pelajar B40 beli laptop siapkan tesis akhir

Di sebalik kisah tular seorang pensyarah universiti tempatan yang mempersendakan pelajar B40 kerana tidak mempunyai komputer riba bagi menjalani kuliah dalam talian, muncul sisi berbeza pensyarah lain membantu golongan tersebut.

Pada Rabu, tular satu ciapan di Twitter mengenai seorang pensyarah menubuhkan satu dana bagi membantu pelajarnya memiliki sebuah komputer riba terpakai bagi menjalani pengajian secara dalam talian.

Pensyarah tersebut, Profesor Madya Dr Wan Amizah Wan Mahmud berkata, salah seorang pelajarnya, Ishaira Syuhada Isran, 24, pernah menyuarakan hasrat untuk menangguhkan pengajian kerana tidak mampu membaiki komputer ribanya yang rosak.

Oleh itu, beliau bersama sekumpulan pensyarah lain mengumpul jumlah wang untuk membantu pelajar tersebut yang ketika itu berada di semester kelima pengajiannya dan sedang menyiapkan tesis.

“Saya mengumpul dana bersama-sama sekumpulan pensyarah dan berjaya mengumpul sekitar RM1,000, jadi saya beri kepada Ishaira Syuhada RM300 dan beberapa pelajar lain untuk menampung duit tambang pulang ke kampus serta perbelanjaan harian.

“Tapi disebabkan ketika itu dia tidak boleh pulang ke kampus akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor, dia gunakan wang itu dan duit sendiri untuk membeli komputer riba terpakai berharga RM700 di kampungnya di Kemaman, Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut tentang isu pensyarah yang tular mempersendakan pelajar B40 itu, Wan Amizah berkata, masyarakat tidak boleh menghukum individu tersebut tanpa mengetahui kisah sebenar di sebalik tindakan tersebut.

Beliau yang juga Ketua Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagaimanapun menasihatkan para pendidik untuk sentiasa mendoakan yang terbaik kepada para pelajar.

“Sebenarnya ramai pensyarah yang baik, yang tidak berkira, kalau ada pelajar susah, mereka akan bantu.

“Saya mempunyai kelebihan sebagai ketua program yang menyaring kemasukan pelajar, jadi saya tahu keadaan pelajar dan latar belakang keluarga mereka.

“Tapi kalau pensyarah lain, mungkin mereka tidak kenal. Jadi pada saya, mereka boleh bertanya kepada ketua program untuk berbincang tentang masalah pelajar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ishaira Syuhada yang memuat naik ciapan tular tersebut di Twitter berasa sangat terharu dengan sumbangan mereka terlibat ketika pengajiannya di menara gading tersebut.

Lebih menggembirakan, dia turut berjaya memperoleh keputusan cemerlang pada semester kelima pengajiannya dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun lalu berkat pertolongan golongan tersebut.

“Saya sangat terhutang budi kepada beliau ketika itu, dan alhamdulillah, semester itu juga saya mendapat Anugerah Dekan.

“Saya rasa sangat terharu, namun sedikit kesal kerana tidak memaklumkan kepada beliau tentang masalah saya, sebaliknya memilih untuk menangguhkan pengajian pula.

“Kini saya dah bekerja dalam bidang yang saya pelajari di syarikat impian saya di Selangor selepas tamat belajar,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu.

Pada Rabu, sebuah video rakaman semasa kelas dalam talian memaparkan seorang pensyarah memperlekeh penuntutnya kerana tidak mempunyai komputer riba tular di media sosial.

Menurut video tersebut, pensyarah terbabit turut meminta penuntut sama menyuruh kakaknya menggadai emas bagi membeli peralatan tersebut. Sinar

Pensyarah bantu pelajar B40 beli laptop siapkan tesis akhir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker