MySejahtera: Bahaslah sebelum melarat

MySejahtera: Bahaslah sebelum melarat

MEMBENARKAN usul berkaitan MySejahtera dibahaskan di Dewan Negara hari ini, jika ia berlaku, sememangnya keputusan yang tepat dan kena pada masanya.

Pertikaian dalam kalangan masyarakat sama ada aplikasi ini telah dijual kepada syarikat swasta sehinggalah sejauh mana data rakyat kita benar-benar selamat, semua ini perlukan penjelasan daripada pihak kerajaan.

Apatah lagi pendedahan berkait isu ini adalah daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sendiri yang kemudiannya mendapat perhatian umum sehingga wujud salah faham.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa penjualan aplikasi itu tidak dibuat secara tender terbuka dan apakah pertimbangan kerajaan sehingga MySJ Sdn Bhd menjadi satu-satunya syarikat yang layak dianugerahkan projek tersebut.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Hasan pula dalam reaksinya menyifatkan pelantikan entiti persendirian sebagai syarikat yang akan menguruskan aplikasi MySejahtera untuk fasa seterusnya adalah membimbangkan.

Lebih-lebih lagi keputusan itu melibatkan pengurusan data peribadi dan maklumat kesihatan, pergerakan dan trend kehidupan puluhan juta rakyat Malaysia, ujar beliau.

Memahami kebimbangan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau bersedia memberikan penjelasan di Dewan Negara kerana tiada apa yang hendak disembunyikan.

Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa pelantikan KPISoft Malaysia Sdn Bhd (syarikat pembangun aplikasi MySejahtera) dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 2020.

Malah, beliau turut difahamkan beberapa syarikat telah dijemput untuk membuat pembentangan dan MKN memilih syarikat tersebut yang kini dikenali Entomo Malaysia Sdn Bhd.

Entomo kemudian telah memberi lesen kepada syarikat MySejahtera ataupun MySJ Sdn Bhd.

Walaupun penjelasan panjang lebar telah diberikan Khairy, namun ada baiknya juga hal melibatkan kepentingan awam ini dibahas di tempat selayaknya supaya isu ini tidak melarat. Sinar

MySejahtera: Bahaslah sebelum melarat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker