Peguam dakwa RUU antilompat parti beri lebih kuasa pada parti bukan pengundi

Seorang peguam mengkritik rang undang-undang antilompat parti yang direncana kerajaan dengan menyifatkan ia menyekat demokrasi.

Menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini berkata undang-undang itu akan secara automatik mencetuskan pilihan raya kecil (PRK) jika ahli parlimen dipecat atau meninggalkan parti, atau jika ahli parlimen yang menang sebagai calon bebas menyertai parti.

Dia memberitahu Dewan Negara hari ini bahawa ahli parlimen yang kerusinya dikosongkan melalui undang-undang itu, bagaimanapun, akan dibenarkan bertanding dalam PRK itu, berbanding sistem semasa di mana ahli parlimen yang hilang kelayakan tidak boleh bertanding selama lima tahun.

Dia berkata pengundi tidak mempunyai pilihan jika seluruh parti bertukar gabungan.

Menerusi Twitter malam tadi, New memberi amaran bahawa demokrasi akan terhakis jika undang-undang yang dicadangkan dalam bentuk yang didakwa berlaku.

Sebagai contoh, peguam itu berkata bahawa ahli parlimen atau Adun akan merasa sukar untuk menentang pendirian parti mereka kerana takut kehilangan kerusi, walaupun ia merugikan pengundi mereka.

“Ini bermakna seorang ahli parlimen atau Adun sebenarnya akan mewakili parti politik dan bukannya pengundinya.

“Demokrasi perwakilan di mana ahli parlimen atau wakil rakyat mewakili kita akan terhakis.

“Parti politik menjadi lebih berkuasa dan mengorbankan kita melalui undang-undang antilompat parti,” katanya dalam ciapan Twitter.

Sebagai contoh, dia berkata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik akan kehilangan kerusi mereka selepas dipecat oleh Bersatu pada 2020 di bawah undang-undang antilompat parti yang dicadangkan.

Kedua-duanya disingkirkan daripada Bersatu kerana enggan mengikut langkah parti mereka yang keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan baru bersama Umno, PAS, dan GPS semasa Langkah Sheraton.

New juga memberi senario di mana Umno boleh memecat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebagai ahli parti untuk mencetuskan pilihan raya umum (PRU).

“Pertimbangkan sejenak perkara yang tidak masuk akal ini, sebuah parti politik yang mempunyai kuasa lebih besar daripada seorang perdana menteri atau mana-mana wakil rakyat,” katanya.

Ketika dihubungi, New juga berkata pengundi tidak akan mempunyai pilihan jika parti yang mereka undi memutuskan untuk beralih sokongan seperti yang dilakukan Bersatu.

Tambahnya, walaupun ahli parlimen yang dipecat dibenarkan bertanding semula dalam PRK di bawah undang-undang baru itu, ia tetap menghukum pengundi.

“Ahli parlimen boleh bertanding semula tetapi kawasan itu dikenakan penalti dan mungkin tidak bersetuju dengan pemecatannya.

“Jadi parti politik boleh dengan mudah memecat seorang wakil rakyat,” katanya.

New juga berkata akan ada isu dengan logo parti digunakan dalam pilihan raya, seperti apabila semua Bersatu dan parti PH lain semua bertanding di bawah logo PKR pada 2018.

“Jika Bersatu menggunakan bendera PKR pada PRU lalu, apa jadi (jika mereka bertukar pihak)?” katanya.

New menyarankan agar orang ramai menolak undang-undang antilompat parti itu dengan melobi ahli parlimen dan Adun masing-masing.

Sebaliknya, tambah New, pengundi perlu melobi pelaksanaan ‘pilihan raya pecat’ – yang akan memberi kuasa kepada pengundi untuk membuat keputusan sama ada perlu PRK jika ahli parlimen dipecat atau meninggalkan parti.

Ini boleh dilakukan melalui petisyen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, yang boleh mengadakan PRK jika terdapat sokongan yang mencukupi daripada pengundi di kawasan pilihan raya.

Kerajaan dijangka membentangkan undang-undang antilompat parti pada sidang khas parlimen 11 April ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker