Hummer H1 terbesar di dunia setinggi 6.5 meter

Hummer H1 terbesar di dunia setinggi 6.5 meter

DUBAI, EMIRIYAH ARAB BERSATU – Seorang bilionair dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) membangunkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Hummer H1 terbesar di dunia yang berketinggian 6.5 meter (m), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Sheikh Hamad Hamdan Al Nahyan, membina kenderaan dua tingkat itu yang turut mempunyai tangga, sebuah tandas dan ruang tamu pada bahagian dalamnya.

Trak gergasi itu mempunyai panjang 14 m, selebar 6 m dan setinggi 6.5 m. Ia akan ditempatkan di Muzium Sejarah Sharjah Off Road.

Kenderaan pacuan empat roda digelar Hummer H1 X3 itu dibina pada rangka kenderaan kargo amfibia berkulit keluli, LARC-LX Tentera Amerika Syarikat dan menggunakan empat enjin diesel.

Menurut pihak muzium, saiznya adalah tiga kali ganda lebih besar daripada Hummer H1 dari segi skala dan 27 kali berdasarkan volum.

Aras satu kenderaan itu mempunyai tangga, sebuah tandas dan sinki. Aras dua pula menempatkan ruang khas untuk tetamu yang mempunyai sudut pemandangan 360 darjah.

Ia akan menjadi koleksi terbaharu bagi Muzium Sejarah Sharjah Off Road, yang terletak 30 kilometer di bahagian utara Dubai.

Sheikh Hamad, yang merupakan ahli keluarga diraja UAE kini memegang Guinness World Records bagi koleksi terbesar kenderaan 4×4 iaitu sebanyak 718 jenis model. K Online

Hummer H1 terbesar di dunia setinggi 6.5 meter


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker