Mengapa Rasulullah s.a.w. Anjurkan Bermusafir Pada Waktu Malam?
Mengapa Rasulullah s.a.w. Anjurkan Bermusafir Pada Waktu Malam?
Antara salah satu sunah dalam bermusafir adalah memulakan perjalanan pada waktu malam. Ini seperti yang disebut dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. Daripada Anas r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,
“Hendaklah kamu berjalan di malam hari kerana bumi itu dilipat pada waktu malam.” (HR Abu Daud).
Apabila Rasulullah s.aw. menyarankan bermusafir pada waktu malam tidak pada waktu siang, menunjukkan ada sesuatu yang istimewa pada waktu malam.
Menurut Pensyarah Jabatan al-Quran & as-Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Suriani binti Sudi perkataan bumi berlipat-lipat diterjemahkan oleh ulama sebagai bumi dipendekkan. Menurutnya perkataan bumi dipendekkan merupakan satu perumpaan yang dibuat oleh ulama Abdul Bass.
Hal ini bukanlah bermaksud bumi dipendekkan secara fizikal atau berlaku pergerakan bumi pada waktu malam yang menjadikan jalan yang asalnya jauh menjadi dekat. Tetapi ianya merupakan saranan dari Rasulullah s.a.w. kepada umatnya untuk bermusafir pada waktu malam kerana keadaan pada waktu tersebut.
Para ulama telah menghuraikan beberapa ciri yang mencetuskan saranan Nabi s.a.w. antaranya cuaca pada waktu malam lebih sejuk dan tidak panas, jadi ianya akan menjadikan pemanduan kenderaan lebih selesa. Apatah lagi perjalanan pada waktu malam tidak perlu banyak berhenti untuk berehat. Malah gangguan di jalan raya seperti kesesakan juga amat berkurangan disebabkan kurangnya orang untuk keluar pada waktu tersebut.
Oleh itu, saya berpandangan bahawa maksud bumi seolah dilipat-lipat kerana jarak yang tadinya jauh terasa lebih dekat disebabkan masa yang diambil lebih cepat berbanding perjalanan di hari siang.
Bayangkan jika perjalanan pada waktu siang dengan cuaca yang panas menjadikan perjalanan lebih letih dan kita mudah berasa lebih dahaga. Begitu juga emosi akan mudah terganggu dengan cuaca yang panas dan kering. Tambah lagi sekiranya permusafiran itu adanya anak kecil atau orang tua.
Apalagi keadaan waktu siang yang panas itu akan menyebabkan kita akan mudah mengantuk dan letih, makanya permusafiran itu perlu banyak berhenti kerana mahu berehat untuk tidur seketika hingga menjadikan perjalanan mengambil masa yang lebih lama.
Bermusafir Waktu Malam Dengan Bersyarat
Menurut Ibn al-Athir dalam kitab Gharib al-Hadith, malam itu boleh dikategorikan kepada tiga waktu iaitu pertama pada awal malam antara lepas maghrib dan isya’. Seterusnya pada akhir malam dan sepanjang malam.
Saranan Rasulullah s.a.w. agar bermusafir pada waktu malam itu harus diambil dengan bersyarat iaitu mestilah mendapat rehat yang secukupnya pada waktu siang.
Pada masa yang sama, segala persiapan seperti kenderaan, emosi dan fizikal dalam keadaan bersedia dan baik. Malah para ulama juga meletakkan syarat agar melakukan solat sunat istikharah sebelum melakukan permusafiran. Itu kerana pada zaman Arab jahiliah mereka menjadikan burung sebagai petunjuk sama ada perjalanan itu sial atau tidak. Akan tetapi Rasulullah menganjurkan kepada umatnya supaya melakukan solat sunat istikharah.
Itu kerana solat sunat ini seolahnya kita meminta ilham daripada Allah untuk memilih waktu dan masa yang terbaik bagi memulakan perjalanan. Setidaknya inilah usaha kita agar terhindar dari bahaya dan musibah sepanjang bermusafir.
Selain itu Rasulullah turut mengamalkan adab-adab ketika menaiki kenderaan. Apabila meletakkan kaki dalam kereta, bacalah Bismillah dan apabila dapat duduk ucapkan Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Kemudian membaca doa naik kenderaan.
“Ya Allah! sesungguhnya kami memohon kebaikan dan takwa dalam perjalanan ini, kami mohon perbuatan yang Engkau redai. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami ini, dan dekatkanlah jaraknya bagi kami. Ya Allah! Engkaulah pendampingku dalam bepergian dan mengurusi keluarga. Ya Allah! aku berlindung kepada-Mu dari kelelahan dalam bepergian, pemandangan yang menyedihkan dan kepulangan yang buruk dalam harta dan keluarga.”
Kemudian, orang yang ingin bermusafir perlu memberitahu kepada orang disekelilingnya tentang niat bermusafirnya itu, sepertimana kisah seorang lelaki yang bertemu Rasulullah s.a.w sebelum bermusafir.
Telah datang seorang lelaki kepada Baginda s.a.w berkata,
“Wahai Rasulullah aku ingin bermusafir maka berilah aku bekalan (nasihatkan aku)” Baginda s.a.w. berkata, “moga Allah bekalkan kamu dengan takwa.” Berkata lelaki itu lagi, “moga Allah ampunkan dosa-dosa engkau.” Berkata lelaki itu lagi, “moga Allah permudahkan kebaikan untuk engkau di mana sahaja engkau berada. (HR Baihaqi).
Tambah Suriani lagi, Rasulullah akan berjalan perlahan apabila bermusafir secara berkumpulan. Seperti dalam Sunan Ibn Khuzaimah ada meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w apabila berjalan dalam kumpulan Baginda berjalan dengan perlahan dan tidak laju. Dan apabila keadaan selesa sikit Baginda lajukan sedikit langkahnya.”
Nabi s.a.w juga melarang bermusafir seorang diri terutama pada waktu malam seperti yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari,
“Kalaulah manusia tahu bahaya bermusafir kalau bersendirian sebagaimana aku ketahui, ia tidak akan musafir sendirian pada waktu malam.”
Suriani berpendapat, hal ini kerana jika seorang diri, syaitan pasti membisikkan perkara yang tidak baik dan boleh jadi akan mendatangkan ketakutan kepada diri sendiri.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w. “Seorang pengendara adalah syaitan, dua orang pengendara adalah syaitan dan tiga orang pengendara adalah rombongan (yang kuat).” (HR Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i).
Apabila bermusafir dan ketika berhenti di sesuatu tempat, Nabi s.a.w meminta supaya berdoa. Seperti hadis Nabi s.a.w.
“Ya Allah aku berlindung denganMu dari keburukan yang Engkau cipta.” Sesungguhnya keburukan itu takkan dapat mmberi mudarat sehinggalah ia beredar dari tempat itu.” (HR Muslim).
Menurut Suriani, perkara ini baik untuk diamalkan bagi mengelakkan kita daripada sebarang kejahatan dan musibah .
Selain itu juga, Nabi s.a.w. turut melarang berpecah dari berkumpulan kerana boleh mendatangkan bahaya.
Dari Abi Tha’labah berkata bahawa orang ramai apabila berhenti di satu-satu tempat mereka berpecah-pecah. Maka Baginda bersabda, “Kiranya kamu berpecah-pecah kepada kumpulan-kumpulan, sesungguhnya itu dari syaitan.” (HR Abu Dawud)
Kemudian Nabi s.a.w menyarankan pula supaya pulang segera ke pangkuan keluarga selepas musafir. Seperti sabda Nabi s.a.w.
“Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (HR Bukhari dan Muslim).
Dan akhir sekali, anjuran untuk bermusafir pada waktu malam dibolehkan dengan syarat tidak ada sebarang bahaya-bahaya yang jelas. Wallahu a’lam Utv
Mengapa Rasulullah s.a.w. Anjurkan Bermusafir Pada Waktu Malam?
Baca Artikel Menarik:
- MP Sri Aman keluar PSB, isytihar sokongan kepada PM
- UiTM ambil tindakan pensyarah herdik pelajar B40 tiada laptop
- Nak kahwin 6 lelaki
- Syed Saddiq cuba timbulkan polemik isu Bahasa Melayu – Ikmal
- Guan Eng dah ‘ketaq’ – Norliza
- Bapa ubah suai bas mini jadi kereta perisai untuk anak
- Pesawat rempuh pasar raya, tiga maut
- Anuar Zain ‘berjodoh’ dengan Syria Care bantu pelarian sepanjang Ramadhan
- Waran tangkap Norjuma gagal diserah
- DBP bidas Syed Saddiq
- Rangka pemain bola sepak Brazil diserang piranha ditemui
- Rafizi sekadar batu api nak lagakan Najib, Muhyiddin – Sharkar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.