Suspek pegang kemaluan dan cabul budak perempuan ditahan

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki dua kali mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di tepi tali air di Kampung Telok Merbau, Perupok, Bachok, Kelantan, sejak seminggu lalu.

Lelaki berusia 20 tahun itu dicekup di rumahnya semalam selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 33 tahun.

Ketua Polis Daerah Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata ibu mangsa mengetahui kejadian itu selepas sepupu anaknya berusia tujuh tahun memaklumkan kepadanya.

Katanya, berdasarkan keterangan ibunya, suspek datang ke rumah nenek kanak-kanak itu di Kampung Telok Merbau, ketika mangsa sedang bermain di kawasan berkenaan minggu lalu.

“Siasatan mendapati, suspek dipercayai memegang beberapa anggota badan dan kemaluan mangsa. Tidak cukup dengan itu, suspek melakukan perbuatan sama selepas mengajak mangsa ke kawasan tali air semalam.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada sepupunya sebelum kanak-kanak berkenaan memaklumkan kepada ibu mangsa,” katanya menurut laporan Kosmo.

Mengulas lanjut, Ismail memberitahu, siasatan mendapati, mangsa tidak mengenali suspek, namun pernah melihat lelaki itu di rumah neneknya kerana berkawan dengan anak saudara ibunya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu negatif dadah. Suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker