Kenderaan rosak dihempap pokok akibat ribut di Ipoh

Kenderaan rosak dihempap pokok akibat ribut di Ipoh

Lima kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir dekat Medan Gopeng di Ipoh rosak dihempap pokok susulan angin ribut dan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di bandar raya itu petang tadi.

Beberapa video dan gambar yang menunjukkan kejadian ribut berkenaan tular di media sosial termasuk pokok tumbang di beberapa kawasan.

Berita Harian melaporkan, tinjauan mendapati beberapa kereta sudah dialihkan oleh trak tunda dan kelihatan beberapa kenderaan yang rosak lain masih berada di lokasi kejadian.



Seorang mangsa, Nurul Husna Tasnim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu Proton Saga miliknya rosak dihempap pokok dan dia hanya menyedari keretanya dihempap pokok selepas dimaklumkan oleh majikan.

Turut tular di media sosial kejadian ribut di kawasan Stesen Minyak di Desa Aman Pengkalan. Kelihatan beberapa khemah dan pokok di kawasan itu tumbang dilanda ribut.

Tinjauan di kawasan perumahan Hala Pegoh Aman di sini turut didapati terkesan dengan kejadian ribut berkenaan. Atap beberapa rumah penduduk turut diterbangkan angin.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pokok tumbang di tempat parkir di sebuah makanan segera pada jam 3.53 petang.



“Didapati sebatang pokok besar tumbang dan menghempap lima kenderaan jenis Waja, Saga BLM, Perodua Beza, Perodua Myvi dan Honda CRV.

“Bagaimanapun tiada mangsa terbabit dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan. FMT

Kenderaan rosak dihempap pokok akibat ribut di Ipoh


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker