Cari duit nak kahwin
Cari duit nak kahwin
Senawang: Demi mencukupkan duit belanja kahwin, peniaga buah-buahan ini nekad menggantung ‘iklan’ di lori niaganya, sekali gus menarik perhatian ramai.
Pada lori buah itu diletakkan polistirena putih bertulis ‘Cari Duit Kawin’ dan ‘Kerja Bro! Ada Bidadari Perlu Dihalalkan.’
Bagaimanapun, Ahmad Fauzan Shamsul, 25, berkata, tindakan itu bukan mahu meraih simpati, jauh sekali sebagai gimik pemasaran murahan.
“Saya buat begitu sebagai ikhtiar untuk mengumpul duit belanja kahwin, bukannya gimik atau taktik pemasaran bagi melariskan jualan semata-mata.
“Saya memang merancang untuk berkahwin pada akhir tahun ini dan kini sedang berusaha mengumpul duit belanja perkahwinan.
“Ikutkan, usaha mengumpul duit belanja itu sudah bermula sejak empat tahun lalu, cuma baru-baru ini saya terfikir untuk menggantung ‘gabus’ (polistirena) tertera ayat berkenaan dengan harapan dapat menambah pendapatan,” katanya ketika dihubungi.
Ahmad Fauzan yang berasal dari Taman Satria di sini, berkata, idea untuk membuat ‘iklan’ itu datang secara spontan ketika dia berniaga di tapak di Bandar Seri Putra di Bangi, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, percubaan saya berhasil apabila jualan mendapat sambutan sepanjang tiga minggu saya berniaga di Bandar Seri Putra,” katanya.
Katanya, kebanyakan pelanggan yang singgah ke tapak niaganya pasti akan bertanya kesahihan perancangannya untuk berkahwin dan lain-lain hal yang berkaitan.
“Ramai juga pelanggan yang beri kata semangat selain doakan perkahwinan saya kekal hingga jannah.
“Ia membuatkan saya terharu kerana mereka sudi membeli buah saya sebagai tanda sokongan,” katanya.
Mengikut perancangan, Ahmad Fauzan dan pasangannya bakal melangsungkan pertunangan selepas Aidilfitri nanti disusuli majlis akad nikah pada Disember.
Katanya, mereka pernah merancang bertunang pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu namun ditangguhkan dahulu kerana situasi pandemik.
“Selepas banyak kelonggaran diberikan, kami sepakat teruskan apa yang dirancang malah bercadang anjurkan dua majlis iaitu pertunangan dan perkahwinan dalam tahun ini juga.
“Diharap, impian saya menghalalkan hubungan dengan pasangan itu jadi kenyataan dan kami berterima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya yang bakal menjual buah-buahan di Bazar Senawang pada Ramadhan nanti. HM
Cari duit nak kahwin
Baca Artikel Menarik:
- Penjaja sorok jeruk dalam longkang, tepi loji kumbahan
- Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari Tukang Sebar
- Kutuk rambut isteri, Chris Rock makan penampar Will Smith dalam Oscar [VIDEO]
- Mabuk punya pasal
- BN anak tirikan P. Pinang, Najib dedahkan lagi putar belit DAP
- Nusantara bakal mengubah ekonomi Indonesia
- Najib luluskan kemudian Kerajaan PH tangguhkan dan swastakan projek kepada kroni
- 2 artis berdepan hukuman gantung
- Biden hilang akal dan cakap tak pakai otak
- Sultan Johor biaya kos bina semula gerai terbakar di Felda Ulu Tebrau
- Nad Zainal Lega Babak Panas Dirinya Dalam Drama Ditayangkan Sebelum Mula Puasa
- Perempuan ‘telanjang’ dalam MV Chubb-E pula heboh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET