Cubaan ‘memurtadkan’ anak Loh, PAS seru ummah bersatu pertahan akidah

PAS hari ini berkata, tidak boleh ada mana-mana pihak cuba atau bercadang menukar agama tiga anak Loh Siew Hong yang sebelum ini diislamkan bapa mereka.

Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin berkata pada masa sama semua umat Islam di negara ini perlu bersatu mempertahankan keselamatan akidah kanak-kanak terbabit.

“Keislaman mereka adalah atas dasar kefahaman, kesedaran dan kerelaan sebagai manusia yang merdeka hasil daripada pengajian serta pendidikan yang mereka lalui.

“Justeru, PAS pada ingin memberikan amaran tegas bahawa jangan ada mana-mana pihak yang ingin atau berhasrat menukar agama anak-anak ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini mahkamah mengarahkan ketiga-tiga kanak-kanak terbabit diserahkan kembali kepada Loh sebagai ibu kandung mereka. Ia kemudian mencetuskan polemik mengenai pengislaman kanak-kanak terbabit, khususnya apabila penukaran agama dibuat secara sepihak oleh bapa mereka.

Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, kemudian menggesa pihak berkuasa serta kumpulan yang berkaitan segera membuat semakan kehakiman atas keputusan tersebut.

Katanya langkah itu perlu diambil sekarang supaya kerajaan – dengan kuasa yang ada padanya – boleh mengubah keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensyaratkan persetujuan ibu dan bapa diperlukan bagi menentukan status agama seseorang individu di bawah umur.

“Keputusan ini hendaklah dibatalkan dan tidak terpakai kepada orang Islam kerana bercanggah dengan Islam,” katanya.

Dua isu berbeza

Pada 23 Feb lalu Dewan Ulama PAS Pusat pula mendesak kerajaan meminda perlembagaan bagi memberi kuasa kepada mahkamah syariah melakukan semakan kehakiman berhubung kes berkaitan umat Islam khususnya pertukaran agama bagi mengelakkan sebarang konflik.

Untuk rekod PAS adalah sebahagian daripada kerajaan sekarang.

Dalam kenyataannya hari ini Khairil Nizam juga berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyerahkan tiga kanak-kanak terbabit kepada Loh hanyalah melibatkan isu penjagaan dan tidak menyentuh aspek agama.

Untuk rekod pada 22 Feb lalu seorang peguam menjelaskan isu hak jagaan tiga anak Loh berbeza dengan isu agama anak-anak berkenaan.

Aidil Khalid yang bertindak sebagai peguam kepada salah seorang responden dalam permohonan habeas corpus Loh berkata isu agama anak-anak dengan hak jagaan adalah dua isu berasingan dan tidak boleh dicampur-adukkan.

“Hanya sebab hak jagaan diberi kepada ibu, bukan bermaksud anak-anaknya harus automatik murtad.

“Bahkan dalam fatwa di Perlis pun sememangnya membenarkan ibu bukan Muslim diberi hak jagaan terhadap anak-anak Muslim,” katanya.

Aidil juga berkata kini menjadi tanggungjawab majlis agama Islam negeri mendapatkan akses untuk memberikan panduan serta pendidikan agama kepada kanak-kanak terbabit selagi mereka masih menginginkan berada dalam Islam.

“Syahadah anak-anaknya itu sah, mereka masih Islam, justeru tak boleh dibiarkan terkontang-kanting tanpa panduan dan tanggungjawab daripada majlis agama Islam. Ini yang utama,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker