Macron ‘sound’ Biden, minta supaya kurangkan celupar
PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberi nasihat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden supaya tidak meneruskan retorik keras terhadap Rusia, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.
Bercakap kepada stesen penyiaran France 3, Macron berkata, Biden harus mengelak daripada memburukkan lagi keadaan melalui perkataan dan tindakannya.
Nasihat itu dikeluarkan susulan ucapan keras Biden di Warsaw pada Sabtu lalu di mana beliau berkata, Vladimir Putin ‘tidak boleh kekal berkuasa’ dan menggelar Presiden Rusia itu sebagai ‘peyembelih’.
“Saya tidak akan menggunakan istilah seperti itu kerana saya meneruskan dialog dengan Presiden Putin.
“Kami mahu menghentikan perang yang dilancarkan oleh Rusia di Ukraine tanpa perlu berperang atau memburukkan lagi keadaan. Ini matlamat kami,’’ kata Macron yang berterusan mengusahakan penyelesaian diplomatik bagi menamatkan perang Rusia dengan Ukraine.
Macron berkata, beliau akan bercakap sekali lagi dengan Putin dalam tempoh beberapa jam atau beberapa hari akan datang.
Perunding Ukraine, David Arahamia juga berkata di laman Facebook bahawa rundingan pusingan seterusnya antara Kiev dan Moscow akan diadakan pada minggu ini di Turki. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Penjaja sorok jeruk dalam longkang, tepi loji kumbahan
- Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari Tukang Sebar
- Kutuk rambut isteri, Chris Rock makan penampar Will Smith dalam Oscar [VIDEO]
- Mabuk punya pasal
- BN anak tirikan P. Pinang, Najib dedahkan lagi putar belit DAP
- Nusantara bakal mengubah ekonomi Indonesia
- Najib luluskan kemudian Kerajaan PH tangguhkan dan swastakan projek kepada kroni
- 2 artis berdepan hukuman gantung
- Biden hilang akal dan cakap tak pakai otak
- Sultan Johor biaya kos bina semula gerai terbakar di Felda Ulu Tebrau
- Nad Zainal Lega Babak Panas Dirinya Dalam Drama Ditayangkan Sebelum Mula Puasa
- Perempuan ‘telanjang’ dalam MV Chubb-E pula heboh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’
You must be logged in to post a comment.