Tikus berenang dalam paket minyak masak



Tikus berenang dalam paket minyak masak

Sebuah klip video mendapat perhatian netizen Indonesia apabila memaparkan seekor tikus berenang di dalam sepaket minyak masak, lapor laman berita Suara.com.

Video itu tular setelah dimuat naik menerusi akaun Instagram milik @smart.gram.

Dalam rakaman itu, seekor tikus kelihatan terperangkap di dalam sepaket minyak masak. Tikus itu berulang kali cuba keluar daripada bungkusan itu dengan berenang ke sisi menggunakan kakinya.

Walaupun baki minyak masak ketika itu hanya sedikit, pemiliknya tetap kecewa dengan kejadian itu. Ini kerana Indonesia kini berdepan dengan isu kekurangan bekalan minyak masak sehingga harga komoditi itu melambung tinggi.




Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kenapa tidak tutup rapat bungkusan itu?” kata seorang netizen.

“Makanya, jangan buat bukaan besar pada bungkusan minyak,” tulis netizen lain. K Online

Tikus berenang dalam paket minyak masak


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’



Leave a Reply

Your email address will not be published.