Tanya Abah dan Guan Eng berkaitan projek dibatalkan, Najib beritahu DAP P Pinang



Tanya Abah dan Guan Eng berkaitan projek dibatalkan, Najib beritahu DAP P Pinang

Najib Razak membidas DAP Pulau Pinang kerana mendakwa beliau menghalang tiga projek pembangunan di negeri itu.

“Isu projek LRT, kereta kabel dan projek mega tambak laut itu tertangguh pada 2020 masa kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kena tanya Abah kau. Saya tak terlibat dan itupun bukan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam catatan Facebook merujuk Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pengkritiknya perlu tanya Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengenai penangguhan projek pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang.




Semalam, DAP Pulau Pinang mendakwa Najib dan BN ada kaitan dalam pembatalan permohonan pinjaman RM2 bilion untuk projek LRT di negeri itu dan cadangan projek kereta kabel RM100 juta bagi Bukit Bendera.

Mereka turut mendakwa Najib dan BN menghalang Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) dan menangguhkan projek pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang.

Najib berkata, lebih baik parti itu merujuk Lim kerana projek lapangan terbang itu ditangguhkan ketika
Pakatan Harapan masih berkuasa. Lim adalah menteri kewangan ketika itu.

Katanya, beliau yang meluluskan projek pembesaran lapangan terbang itu, di mana Lim yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, turut mengucapkan terima kasih kepadanya.

Beliau berkata, pembesaran lapangan terbang itu ditangguhkan selepas PH berkuasa pada 2018 dan Lim yang menjadi menteri kewangan ketika itu, mahu projek terbabit diswastakan atas dakwaan kerajaan persekutuan kekurangan dana.




“Sendiri tangguh sebab mahu libatkan kroni, lalu tuduh BN rencatkan?” soal Najib.

DAP Pulau Pinang menyenaraikan projek berkenaan untuk menepis dakwaan Najib bahawa BN tidak pernah meminggirkan negeri itu, sambil menambah dakwaan sedemikian dibuat untuk memancing pengundi.

‘Pengkhianatan’ PH berkaitan tol

Dalam catatan berasingan, Najib berkata, DAP mengkhianati rakyat Pulau Pinang berhubung janjinya untuk memansuhkan tol di Jambatan Pulau Pinang jika PH memenangi PRU 2018.

Sebaliknya, beliau berkata, Lim membenarkan tempoh konsesi tol dilanjutkan selama 20 tahun lagi sehingga 2058.




“Kerajaan PH-DAP beri diskaun 18% bagi kadar tol Jambatan (Pulau Pinang) bermula 2020 dan suruh warga Pulau Pinang puji mereka.

“Tapi adakah warga Pulau Pinang tahu bahawa diskaun 18% ini diberi dengan syarat tempoh konsesi tol Jambatan Pulau Pinang (serta semua lebuh raya tol di seluruh negara milik PLUS) dilanjutkan 20 tahun lagi dari 2038 hingga 2058?

“Ini bermakna warga Pulau Pinang (serta cucu-cicit mereka) perlu bayar tol selama 38 tahun lagi berbanding 18 tahun lagi setelah diskaun 18% diberi. Sebab diskaun adalah kecil, tetapi tempoh konsesi digandakan, maka jumlah tol yang akan dibayar warga Pulau Pinang adalah jauh lebih besar.” FMT

Tanya Abah dan Guan Eng berkaitan projek dibatalkan, Najib beritahu DAP P Pinang


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Leave a Reply

Your email address will not be published.