Pelajar IPT B40 boleh mohon tablet, komputer riba percuma

Pelajar IPT B40 boleh mohon tablet, komputer riba percuma

Semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kolej swasta, politeknik atau kolej komuniti boleh memohon untuk mendapatkan tablet atau komputer riba percuma, bermula 15 April, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.

Beliau berkata, sebanyak 450,000 peranti dijangka diedarkan tahun ini melalui tiga fasa pemberian dengan pengagihan, bermula Jun.

Katanya, kerajaan memahami kepayahan ibu bapa tidak berkemampuan untuk membeli peranti yang harganya mencecah ribuan ringgit.

Justeru, katanya, mulai 15 April, kementerian akan membuka satu portal dalam talian, di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon, terutama sekali yang menerima tawaran masuk universiti atau sedang belajar di politeknik atau kolej komuniti.

“Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit beribu-ribu nak beli laptop (komputer riba) atau tablet..

“Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online (dalam talian) dan kerajaan akan berikan tablet percuma,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau pada masa sama, memberi jaminan peranti yang akan diberikan nanti berkualiti tinggi dan bukannya peranti ‘cap ayam’.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 100,000 orang diperlukan untuk menjadi duta komuniti yang akan membantu penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) menjelang pembukaan sempadan negara dan dalam tempoh peralihan fasa pandemik ke fasa endemik, seperti diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita akan ambil serta-merta dan boleh keluarkan watikah. Jadi pada 1 April nanti apabila pergerakan dibenarkan seperti biasa, kita harap duta komuniti sudah ada dalam masyarakat.

“Untuk pusingan pertama, seramai 30,000 akan diambil dan dijangka mencecah 100,000 mengikut keperluan,” katanya. FMT

Pelajar IPT B40 boleh mohon tablet, komputer riba percuma


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker