Kita akan pastikan PKS terus berkembang – Ismail

Kita akan pastikan PKS terus berkembang – Ismail

Kerajaan memberikan perhatian serius bagi memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat terus berkembang bukan sahaja di Malaysia, malah ke pasaran serantau.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKS amat penting kepada pembangunan negara kerana ia menyediakan lebih lapan juta peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia.



Beliau berkata, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kerajaan meletakkan sasaran sebanyak 45% Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), pada 2025 disumbangkan PKS.

“Sasaran ini adalah realistik kerana sebanyak 39% KDNK negara pada 2019 disumbangkan oleh PKS sebelum ia terjejas akibat pandemik Covid-19, sejak dua tahun lepas dan terbaharu akibat banjir pada penghujung tahun lalu.

“Bagaimanapun, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan PKS termasuk usahawan mikro dan informal dapat meneruskan perniagaan mereka,” katanya pada majlis perasmian Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berusaha memastikan usahawan Keluarga Malaysia dapat mengembangkan perniagaan dan perusahaan antaranya melalui program Semarak Niaga dengan dana berbilion ringgit untuk membantu mereka memperoleh pembiayaan bagi meluaskan perniagaan.



Selain itu, Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 tanpa faedah dan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dengan saiz dana untuk program ini sahaja berjumlah RM200 juta.

“Agrobank pula menawarkan pinjaman sehingga RM75,000 tanpa faedah berserta kemudahan moratorium selama enam bulan.

“SME Bank menawarkan pinjaman sehingga RM10 juta di bawah skim IBS Promotion Fund 2.0 dan RM1 juta di bawah Program Pembiayaan Usahawan Muda 2.0. Secara kolektif, saiz dana untuk kedua-dua skim ini berjumlah RM300 juta,” katanya.

Ismail berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang merupakan nadi kepada usahawan, memainkan peranan besar untuk memastikan semua inisiatif kerajaan dapat membantu golongan itu.



Perdana Menteri berharap usahawan menguasai teknologi baharu khususnya pendigitalan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dan ia juga membantu produk luar bandar menembusi pasaran lebih luas.

Bagi mencapai hasrat itu, beliau berkata kerjasama strategik antara usahawan dengan agensi kerajaan perlu dieratkan supaya setiap inisiatif dapat dilaksanakan.

Pada masa sama, Ismail juga berharap usahawan di bawah naungan Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) terus berusaha dan memberi komitmen dalam bidang perniagaan untuk terus maju.

Beliau berkata, ini kerana golongan usahawan mempunyai peranan yang sangat besar untuk memastikan negara terus makmur dengan ekonomi berkembang lebih pantas.



Turut hadir pada majlis itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar dan Pengerusi HUN Datuk Abu Hasan Mohd Nor.

HUN 2022 dianjurkan buat julung kali oleh DPUKM dan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac. FMT

Kita akan pastikan PKS terus berkembang – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini



Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker