Radzi ajak pembangkang kerjasama dengan PN lawan BN

Radzi ajak pembangkang kerjasama dengan PN lawan BN

Gesaan supaya pembangkang membuka pintu rundingan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dianggap rasional jika mahu memastikan Barisan Nasional (BN) tidak lagi memerintah selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin.

Radzi berpandangan, parti memusuhi BN wajar mempertimbangkannya bagi merangka strategi khususnya memastikan satu lawan satu dalam meningkatkan peluang menang.



“Mesej (pengerusi PN) Muhyiddin Yassin semalam jelas, bahawa politik ini dinamik dan apa juga boleh berlaku dalam politik.

“Dalam konteks ini, apa yang penting ialah untuk kita lihat, BN tidak kembali memerintah selepas PRU15,” katanya menurut lidah rasmi parti, Berita Bersatu.

Semalam, Muhyiddin menggesa semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbang membuka semula pintu rundingan dengan PN, jika masing-masing sepakat bahawa BN adalah musuh utama pada PRU15.

Beliau menyarankan langkah itu bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara.



Muhyiddin dilaporkan berkata, rundingan berkenaan pernah dijalankan sebelum ini khususnya selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor, namun tiada keputusan muktamad dibuat ketika itu.

Untuk rekod, Bersatu yang mengetuai PN adalah sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tumbang susulan “Langkah Sheraton”digerakkan pemimpin utama parti terbabit.

Susulan itu, Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kelapan selepas mendapat sokongan majoriti wakil rakyat termasuk daripada Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, pada Ogos 2021, Umno menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin menyebabkannya diganti oleh Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.



PKR, DAP dan Amanah yang kekal dalam PH bergerak sebagai pembangkang. FMT

Radzi ajak pembangkang kerjasama dengan PN lawan BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker