Bahaya RUU Anti Lompat Parti?

DESAKAN mengadakan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti semakin kuat berkumandang dalam kalangan pemimpin parti politik yang merentasi blok kerajaan dan pembangkang.

Terdapat pelbagai alasan dalam mendesak RUU ini. Antara premis paling kuat ialah untuk menjaga kestabilan politik negara. Mereka mendakwa tindakan lompat parti telah menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik negara dan pertukaran kepimpinan dalam masa yang singkat.

Namun, realiti tidak sentiasa sama dengan persepsi, malah ia mungkin bertentangan. Pertama, lompat parti atau tidak, kaedah membentuk kerajaan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan berdasarkan jumlah ahli Parlimen dalam parti.



Perkara 43(2a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan calon diperkenan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri iaitu ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.

Justeru, walaupun RUU Anti Lompat Parti diadakan, ia tidak menghalang perubahan kerajaan sekiranya ahli Parlimen tidak lagi menyokong Perdana Menteri walaupun daripada parti yang sama.

Kedua, bertentangan dengan pemahaman lompat parti menjejaskan kestabilan pentadbiran negara, beberapa kejadian lompat parti sebenarnya telah membantu menstabilkan politik negara.

Misalnya, tindakan 16 orang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) meninggalkan UMNO untuk menyertai Bersatu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menstabilkan politik buat sementara waktu.



Selain 16 orang ini, 13 orang Ahli Parlimen BN dari Sarawak juga boleh dianggap lompat parti apabila mereka dan Parti Pesaka Bersatu (PBB) meninggalkan BN serta menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Dr Mahathir.

Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020 juga bukan kerana lompat parti namun disebabkan oleh tindakan Bersatu meninggalkan kerajaan.

 

PENGKHIANATAN



Benar, pembentukan kerajaan dapat dijayakan dengan tindakan beberapa ahli Parlimen meninggalkan PKR menyertai kerajaan baharu. Ia melemahkan PKR namun membolehkan sebuah kerajaan dibentuk dalam keadaan pandemik. Jadi, bukan semua lompat parti menjejaskan kerajaan dan rakyat.

Ketiga, ketidakstabilan politik yang berlaku sejak setahun lebih ini lebih berkaitan kesetiaan kepada parti. Ahli Parlimen parti tertentu dipaksa meninggalkan pembentukan kerajaan atau berhadapan tindakan disiplin. Ini menyebabkan kejatuhan kerajaan Muhyiddin Yassin.

Ketidakstabilan kedudukan Perdana Menteri hari ini juga lebih berkaitan kesetiaan kepada parti. Parti beliau sedang mendesak supaya pilihan raya umum diadakan lebih awal.

Dakwaan lompat parti merupakan pengkhianatan kepada mandat rakyat juga tidak tepat kerana Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan peranan parti politik dalam pengurusan negara.



Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, peranan rakyat ialah memilih wakil mereka menerusi pilihan raya.

Selepas pilihan raya, mereka yang menang sebagai ahli Parlimen berfungsi mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Walau sebesar mana pun peranan parti politik yang menentukan kemenangan calon mereka dalam pilihan raya, namun ia tidak memberi hak perundangan kepada parti menentukan pandangan, keputusan dan hala tuju seseorang wakil rakyat.

Mereka yang menang dalam pilihan raya tidak dianggap wakil parti tetapi penggubal polisi yang dipilih oleh rakyat. Sebab itu, kelayakan dan keabsahan seseorang wakil rakyat bergantung kepada individu bukannya parti.



Kebimbangan terbesar RUU Anti Lompat ini adalah ahli Parlimen akan dipaksa tunduk kepada kepentingan pemimpin parti bukan rakyat. Maka, tidak mustahil RUU ini akan menjadi alat para pemimpin utama parti yang terkait dengan korupsi. Berhati-hati membuat perubahan takut nanti menjadi seperti tikus membaiki labu.

* Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker