Lapor polis, bukan tular isu di media sosial – Bukit Aman

Lapor polis, bukan tular isu di media sosial – Bukit Aman

Polis menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan warganet yang cenderung menularkan sesuatu isu di media sosial hingga melibatkan maruah seseorang daripada terus membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk tindakan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad berkata mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul dan fenomena itu menjadikan warganet sebagai ‘hakim’ tanpa kesahihan fakta sebenar.

“Saya berpandangan bagi isu sensitif lebih-lebih lagi melibatkan maruah, ia perlu dilakukan mengikut saluran betul dengan membuat laporan kepada pihak berkaitan,” katanya, menurut laporan Bernama.

Menurutnya, tindakan secara profesional perlu dilakukan supaya mangsa terlibat tidak terdedah kepada kecaman dan komen-komen negatif yang boleh mempengaruhi emosi seseorang.

Katanya, ia juga bagi mengelak masyarakat terus membuat andaian yang tidak benar terhadap pihak terlibat.

“Saya melihat masyarakat kini hanya berani menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu dengan menularkan isu berkenaan menerusi media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook tetapi enggan bertindak dengan betul (membuat laporan),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azri berkata seramai 1,571 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan, berkahwin tanpa kebenaran, enggan menerima laporan dan meminta imbuhan.

Menurutnya, mereka yang terlibat dengan kesalahan integriti disiasat di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Selain itu katanya, terdapat juga 23 pegawai dan anggota polis direkodkan terlibat kesalahan jenayah, rasuah (18), dadah (84) dan syariah (48).

“Oleh itu, bagi memperkasakan integriti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami akan memberi fokus kepada enam elemen pada tahun ini iaitu memperkasakan tadbir urus/kepolisan, pengurusan aduan, risikan dan operasi, siasatan, pematuhan serta agama dan kaunseling,” katanya. FMT

Lapor polis, bukan tular isu di media sosial – Bukit Aman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker