Kerajaan akan wajibkan saringan Covid-19 mingguan di sekolah rendah

Kerajaan akan wajibkan saringan Covid-19 mingguan di sekolah rendah

Kerajaan tidak lama lagi akan mewajibkan saringan mingguan Covid-19 dijalankan di sekolah rendah yang terdiri daripada murid yang masih belum layak untuk diberi vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ini adalah salah satu perkara dalam Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan yang akan dilancarkan Isnin depan, dan bertujuan memastikan tiada kluster Covid-19 di sekolah.



Ujian itu akan meliputi 10 peratus daripada setiap populasi pelajar sekolah setiap minggu tanpa mengira sama ada mereka menunjukkan gejala Covid-19 atau tidak, dan kumpulan pelajar yang berbeza akan digilirkan untuk mengambil setiap pusingan ujian.

“Bergejala, mesti diuji. Tetapi tidak bergejala pun di sekolah rendah, mesti buat sampel testing 10 peratus daripada populasi pelajar untuk memastikan bahawa tidak wujud apa-apa kluster di peringkat sekolah,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan sebelum ini dijadualkan akan disiarkan di laman web Kementerian Kesihatan pada 22 Okt, tetapi masih tiada perkembangan mengenai dokumen itu sehingga hari ini.

Ia bertujuan untuk memberikan garis panduan yang jelas tentang pihak yang harus mengambil ujian Covid-19, bila untuk mengambil ujian, dan jenis ujian yang harus digunakan.



Ia adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk beralih ke fasa endemik wabak Covid-19.

Malaysia setakat ini telah melancarkan vaksin kepada mereka yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Sementara negara lain telah meluluskan vaksinasi Covid-19 untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun, Khairy sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia dijangka menerima penghantaran vaksin untuk kanak-kanak bawah 12 tahun menjelang akhir suku kedua tahun depan.

Menurut laporan laman berita kesihatan CodeBlue pada 22 Nov, menteri itu berkata ini kerana keutamaan untuk vaksin itu sekali lagi diambil alih oleh negara-negara kaya walaupun Malaysia antara yang terawal menyatakan kesediaan menandatangani perjanjian untuk mendapatkan vaksin itu.



Mengulas isu lain, Khairy memberi jaminan bahawa sistem amaran Covid-19 yang dirancang kementerian tidak akan melibatkan sekatan pergerakan yang pernah dilihat dalam gelombang Covid-19 sebelum ini.

Di bawah sistem itu, sekatan tambahan akan dikenakan jika penunjuk tertentu mengenai situasi Covid-19 Malaysia melepasi ambang yang telah ditetapkan.

“Tetapi saya ingin menjelaskan sekatan ini – Sekatan yang kami cadangkan bukan sekatan tetapi sebaliknya sekatan pada sektor tertentu sahaja.

“Kami masih memuktamadkannya kerana kami mahu memastikan sekatan itu bertujuan mengurangkan jumlah kes dan pada masa yang sama tidak mengganggu ekonomi,” katanya. Mk



Kerajaan akan wajibkan saringan Covid-19 mingguan di sekolah rendah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat



Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker