Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Wanita itu menarik rambut kekasih suaminya di hadapan kedai serbaneka. – Instagram

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan insiden dua wanita bergaduh di tepi jalan, lapor laman berita Suara.com.

Pergaduhan berlaku selepas seorang wanita didakwa menangkap suaminya berjalan bersama wanita lain. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48.

Berdasarkan rakaman, seorang wanita memakai topi keledar dilihat menanggalkan tudung wanita yang didakwa menggoda suaminya.

Dia menarik rambut wanita tersebut dan membawanya ke hadapan sebuah kedai serbaneka sebelum dipegang oleh wanita lain yang memakai skarf berwarna coklat.

Wanita berskarf itu didakwa sedang mengawal lelaki berkopiah itu yang dituduh berlaku curang.

Pergaduhan reda apabila seorang lelaki menghampiri mereka. Kejadian dikatakan berlaku di Jawa Tengah, Indonesia.

“Isteri sah tangkap suami berjalan dengan perempuan lain,” demikian kapsyen video tersebut.

Rakaman berkenaan mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Padahal suaminya yang curang,” komen seorang netizen. – Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker