Usul kecualikan kerabat diraja daripada daftar pemilih automatik sedang dibentang

KUALA LUMPUR – Kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Khamis bagi mengecualikan pendaftaran pemilih automatik kepada kerabat diraja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pindaan tersebut mencadangkan agar Perkara 119A dapat ditambah dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu melibatkan pengecualian nama Raja Pemerintah dan pasangan, Yang Dipertua Negeri dan pasangan, bakal raja, waris ganti dan waris lain raja dan pasangan, dan mana-mana orang lain daripada disenaraikan dalam pendaftaran pemilih automatik.

Menurutnya, pengecualian tersebut adalah perlu bagi memastikan terdapat proses semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Perkara ini selaras dengan keistimewaan dan kewibawaan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kedudukan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri seperti yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Mengulas lanjut Wan Junaidi berkata, lanjutan daripada pelaksanaan kelayakan umur mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik, setiap warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan akan didaftarkan tanpa sebarang pengecualian.

Pelaksanaan itu katanya, turut melibatkan Raja-Raja Melayu dan pasangan, pewaris dan pasangan serta Yang Dipertua Negeri dan pasangan.

“Perkara itu telah menimbulkan persoalan mengenai keperluan pengecualian untuk Raja-Raja Melayu dan pasangan, pewaris dan pasangan serta Yang Dipertua Negeri dan pasangan daripada didaftarkan sebagai pemilih secara automatik supaya kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

“Bagi maksud pengecualian tersebut, satu pindaan kepada perlembagaan perlu dilaksanakan dan perkara ini telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pada 12 November 2021,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker