Lelaki pukul warga asing dengan besi
Lelaki pukul warga asing dengan besi
MANJUNG: Seorang lelaki bertindak melampaui batas apabila memukul seorang lelaki dipercayai warga asing dengan sebatang besi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Manjung – Segari, di sini, seperti video tular di laman sosial, hari ini.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kejadian membabitkan suspek yang memandu kereta Proton Wira dengan mangsa yang menunggang basikal itu berlaku pada 13 Mac lalu.
Katanya, susulan video tular berkenaan pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk memberi keterangan berkaitan kejadian itu.
“Kita mengesan pemilik kereta berkenaan iaitu seorang lelaki warga tempatan yang berasal dari Ayer Tawar, Manjung. Lelaki berusia 50-an itu memaklumkan keretanya dipinjam oleh rakannya iaitu suspek pada hari kejadian.
“Susulan itu, kita juga sudah mengenal pasti suspek berusia 30-an yang berasal dari Batu Gajah dan dia akan datang untuk beri keterangan esok,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Nor Omar berkata, mangsa iaitu lelaki dipercayai warga asing pula masih belum dikenal pasti dan sehingga kini belum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Justeru, katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Rakaman video berdurasi 53 saat yang dirakam menggunakan kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta Proton Wira berhenti di susur kiri jalan sebelum keluar sambil memegang sebatang besi.
Lelaki terbabit kemudiannya tiba-tiba memukul seorang lelaki yang juga penunggang basikal yang berhenti di lampu isyarat dengan besi itu sebelum meneruskan perjalanannya. BH
Lelaki pukul warga asing dengan besi
Baca Artikel Menarik:
- Ketika PKR dikhianati, ada pemimpin pilih bercuti – Saifuddin
- Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia
- Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK
- Tular lelaki bergaduh, saling menetak
- Mariupol dihujani bom, mayat bergelimpangan
- Pembuli jalan raya ditahan polis
- Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP
- Guan Eng menangis, Anthony Loke diumum Setiausaha Agung DAP yang baharu
- Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
- Vida, peliknya semakin menjadi-jadi
- Siapa yang curi van jenazah?
- Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR
Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri
You must be logged in to post a comment.