Kenapa Anda Tiba-Tiba ‘Bad Mood’? Mungkin Punca 5 Makanan Ini Kot?

Kenapa Anda Tiba-Tiba ‘Bad Mood’? Mungkin Punca 5 Makanan Ini Kot?

ADA masa-masanya mood kita pasti akan tiba-tiba berubah daripada seorang yang ceria kepada mudah sensitif dan cepat marah tanpa sebarang sebab tertentu.

Tapi pernahkah anda terfikir perkara itu berlaku disebabkan oleh faktor pemakanan? Ya, terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan seseorang mudah bad mood.

Makanan atau minuman kegemaran sebenarnya tidak hanya membuat seseorang gembira.

Berikut adalah lima jenis makanan dan minuman yang boleh mengganggu mood seseorang.

1. Minuman dengan pemanis tambahan

Kurangkan atau elakkan minum minuman dengan pemanis tambahan seperti soda, jus kotak, minuman bertenaga dan air berkarbonat.

Pemanis tambahan di dalam minuman berkenaan boleh membuatkan glukosa dalam darah seseorang melonjak dan turun dengan drastik yang membuatkan seseorang berasa cepat lesu dan mudah marah.

2. Kacang masin

Kekacang memang disarankan dalam diet seharian namun sebaik-baiknya hindari kacang masin.

Ini kerana ia mengandungi natrium dalam jumlah yang tinggi dan perasa sehingga boleh membuatkan seseorang mudah tertekan, lesu dan sakit kepala.

3. Kek dan manisan

Biskut, kek, mufin dan sebagainya memang sedap dan mengiurkan. Akan tetapi, kandungan gula dan lemak tepu yang tinggi boleh membuatkan seseorang berasa lebih cepat lesu, tertekan dan menggangu emosi seseorang.

4. Marjerin

Marjerin mengandungi lemak tepu yang tinggi dan sangat berbeza berbanding lemak yang terdapat dalam produk seperti minyak zaitun, mentega dan sebagainya.

Pengambilan marjerin dengan kerap boleh mengakibatkan ketidakseimbangan gula dalam darah yang membolehkan memicu mood swing dan kenaikan berat badan secara mendadak.

5. Kopi

Kopi sering disebut sebagai pedang dua mata kerana jika pengambilannya secara sederhana, ia mampu memberi kesan baik kepada kesihatan dan sebaliknya.

Kafein yang diambil secara berlebihan boleh mempengaruhi mood kerana ia akan menghasilkan kortisol iaitu hormon tekanan.

Benar apabila minum kopi seseorang berasa lebih bertenaga dan tidak mengantuk tetapi apabila kesannya mula berkurangan, seseorang lebih mudah berasa lesu, tidak bertenaga sama ada secara fizikal dan mental.

Apabila itu berlaku, ia turut memicu gangguan lain seperti mood swing, tekanan dan sebagainya.

Kenapa Anda Tiba-Tiba ‘Bad Mood’? Mungkin Punca 5 Makanan Ini Kot?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker