Kematian Tangmo: Polis digesa guna ujian poligraf terhadap 5 saksi utama

Kematian Tangmo: Polis digesa guna ujian poligraf terhadap 5 saksi utama

SEBUAH jawatankuasa Senat menggesa pihak polis untuk menjadikan kelima-lima individu yang bersama-sama mendiang pelakon Thailand, Tangmo Nida untuk menjalani ujian poligraf selain dari disoal siasat bagi memberikan petunjuk lanjut alam kematiannya, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi, Kebebasan dan Perlindungan Konsumer Thailand, Somchai Sawanengkan – yang dipertanggungjawab oleh ibu Tangmo – untuk memantau perkembangan siasatan anaknya berkata pada Isnin, polis juga akan meneliti semula beberapa aspek dalam siasatan yang sedang dijalankan ketika ini.

Siasatan baharu ini akan turut dijalankan ke atas sampel darah dan baju mendiang.

Menurut Somchai, ketika ini, jawatankuasa itu tidak akan memberi sebarang maklumat baharu, namun akan merangkum dan memperinci agenda mesyuarat, keputusan autopsi serta imej dari kamera litar tertutup dan semua bukti yang telah diperoleh setakat ini, dalam perbincangan seterusnya.

Beliau turut berkata, kumpulan penyiasat telah mengambil keterangan dari kesemua individu yang bersama dengan Tangmo di atas boat pada malam kejadian berkenaan, dan mengambil kira kenyataan mereka akan bercanggah di antara satu dan lain. Oleh itu, tambahnya, ada kemungkinan kenyataan yang mereka telah ditokok-tambah.

Dalam perkembangan lain, Badan Kehakiman Thaelah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari pakar forensik untuk membuat siasatan terhadap keputusan autopsi Tangmo, mulai 16 Mac lalu.

Ini sehubungan dengan permintaan peguam Kritsana Sriboonpimsuay, bagi pihak keluarga Tangmo.

Ini juga, kata Tangmo, bagi menjawab soalan berhubung kesan terbakar di dada Tangmo dan keadaan gigi serta kepalanya dan luka di bahagian pehanya.

Mayat Tangmo, 38, dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan dua hari selepas beliau dilaporkan hilang pada akhir Februari.

Mayat Nida ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh. Awani

Kematian Tangmo: Polis digesa guna ujian poligraf terhadap 5 saksi utama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker