Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang senada mahu RUU Antilompat Parti disegerakan

Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang senada mahu RUU Antilompat Parti disegerakan

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang senada mahu Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dibentangkan di Parlimen dengan segera.

Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) ketika menggesa perkara itu mendakwa sekiranya RUU terbabit tidak dibentang dan diluluskan dengan segera, ia bakal mengakibatkan defisit kepercayaan rakyat terhadap sistem Parlimen dan demokrasi negara.



Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu sekali gus membayangkan kemungkinan beliau bersama rakan lain akan ‘turun ke jalanan’ untuk mendesak jika keadaan itu berlaku.

“Bagi memulihkan keadaan ini dan sistem Parlimen demokrasi, Akta Antilompat Parti mesti disegerakan. Kalau tidak ada Akta Antilompat Parti, bagaimana kita hendak mempraktikkan Parlimen berdemokrasi yang subur?

“Inilah yang menjadi halangan terbesar sekarang. Kalaulah Akta Antilompat Parti tidak diperkenalkan kali ini ataupun dalam sidang khas Parlimen, saya dan rakan-rakan barangkali akan kembali semula ke jalan raya untuk mendesak, sebab kita melihat apa yang kita cakap di Parlimen kadang kala ianya tidak dipedulikan.

“Oleh itu, amat penting untuk disegerakan soal Akta Antilompat Parti ini. Jangan main-main sebab perkara ini adalah perkara yang begitu mendesak. Kalau tidak mahu dengar juga, maka kita lihatlah negara kita akan berada dalam kegelapan dan penghormatan kepada sistem Parlimen demokrasi ini tidak lagi menjadi satu penghormatan yang ada sebelum ini,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2021) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) turut senada bahawa RUU Antilompat Parti mesti dibentangkan segera di Dewan Rakyat walau dalam apa cara dan keadaan sekalipun.

Beliau menegaskan, yang penting ialah RUU itu dibentangkan dahulu dan sebarang perubahan boleh dilakukan apabila ia dibentangkan pada peringkat jawatankuasa kelak.

“Hari ini, saya sokong beliau (Mohamad Sabu) tetapi cuma 80 peratus sajalah dan tidak 100 peratus kerana dalam ucapannya dikatakan penyebab kepada ketidakstabilan politik kerana PN (Perikatan Nasional) dan BN (Barisan Nasional), walhal sebenarnya yang tidak stabil hari ini kerana pergaduhan antara mereka, iaitu PH (Pakatan Harapan).



“Akta Antilompat Parti mesti dilaksanakan. Ia mesti dilaksanakan, tidak boleh kita memberi apa-apa alasan untuk menyatakan bahawa kita tidak boleh melaksanakan. Sebab pada saya, yang penting hari ini… saya difahamkan Jemaah Menteri dalam kalangan mereka tidak ada persefahaman dari segi macam mana bentuk RUU Antilompat Parti ini. Saya kira ini pandangan mereka tidak dapat kata sepakat.

“Bentangkan dalam apa bentuk sekalipun, mesti masukkan akta itu dalam Dewan Rakyat dan kalau ada apa-apa kelemahan, boleh ‘tune’ apabila bentang nanti pada peringkat jawatankuasa. Kita boleh tambah yang mana dirasakan tidak adil. Apapun, akta itu mesti dibentangkan,” katanya yang juga ahli ‘Backbencher’ kerajaan. BH

Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang senada mahu RUU Antilompat Parti disegerakan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal



Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker