Guru besar berdepan pertuduhan beri kontrak kepada keluarga
Guru besar berdepan pertuduhan beri kontrak kepada keluarga
KOTA KINABALU: Seorang guru besar sekolah rendah di sini, didakwa atas 25 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memberi kontrak kepada isteri dan adik lelakinya membabitkan kelulusan tender pembelian alat bantu mengajar dan peralatan berjumlah RM36,466.15, pada 2017 hingga 2019.
Hussin Amid, 53, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu.
Dia didakwa menggunakan kedudukannya untuk membuat keputusan meluluskan tender pembelian kepada syarikat milik isterinya, Ammy Emelia Jamal dan syarikat milik adiknya, Ahamadi Amid, yang dia mempunyai kepentingan.
Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah sekolah rendah di sini antara 10 Nov 2017 dan 31 Okt 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Abu Bakar Manat membenarkan Hussin diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain dikehendaki melapor diri di pejabat SPRM Kota Kinabalu di sini setiap dua bulan sekali.
Sementara itu, beliau menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nurul Izzati Sapiee, manakala tertuduh diwakili peguam Nabilah Nursahar. FMT
Guru besar berdepan pertuduhan beri kontrak kepada keluarga
Baca Artikel Menarik:
- Ketika PKR dikhianati, ada pemimpin pilih bercuti – Saifuddin
- Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia
- Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK
- Tular lelaki bergaduh, saling menetak
- Mariupol dihujani bom, mayat bergelimpangan
- Pembuli jalan raya ditahan polis
- Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP
- Guan Eng menangis, Anthony Loke diumum Setiausaha Agung DAP yang baharu
- Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
- Vida, peliknya semakin menjadi-jadi
- Siapa yang curi van jenazah?
- Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri
You must be logged in to post a comment.