Nurul Izzah bimbang pemilihan parti diadakan sebelum PRU15

Nurul Izzah bimbang pemilihan parti diadakan sebelum PRU15

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar melahirkan kebimbangannya mengenai pemilihan parti yang akan diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), selain dianggap terlalu cepat.

Justeru, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berharap barisan kepimpinan parti dapat membuat keputusan terbaik dalam hal berkenaan.

“Saya rasa ramai memikirkan perkara yang sama, melahirkan kebimbangan yang sama. Kita pun sebenarnya baru bercakap mengenai perkara ini tadi bersama Akmal (Ahli Parlimen Johor Bahru), Rodziah (Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga) dan MB (Datuk Seri Amirudin Shari).

“Kita merasakan kerana setiap dalam perlawanan khusus dalam parti tentu ada yang menang dan kalah dan perasaan bila kita tewas (tidak boleh dielak) kerana kita adalah manusia, lebih-lebih lagi pasca pengkhianatan jadi banyak sangat perkara yang harus kita lakukan.

“Saya rasa sebaiknya sudah tentu kita mahu mengutamakan kepada perlawanan PRU dan mungkin dapat diambil kira oleh kepimpinan dari segi kebijakan (mereka) untuk membuat keputusan yang terbaik dalam hal ini, that was the concern raise, that is too soon (itulah kebimbangan yang dibangkitkan, terlalu cepat),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Gombak 2021/2022 di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor yang juga Ketua PKR Cabang Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, apa yang menjadi keutamaan ketika ini adalah menumpukan sepenuh usaha dan perhatian kepada PRU15 yang mungkin akan berlaku bila-bila masa sahaja.

“Sudah tentu mahu tidak mahu kita perlu menumpukan sepenuh usaha kepada pilihan raya umum, saya tidak tahu bila bakal diumum tapi ternyata kita tak mahu menang sorak kampung tergadai,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan turut bertanding dalam pemilihan parti kali ini, Nurul Izzah memaklumkan perkara itu akan diumumkan sedikit masa lagi.

“Saya masih memikirkan”, saya akan membuat keputusan dan akan umumkan nanti (dalam masa terdekat) kerana kita pun ada dateline,” katanya.

Pada 22 Februari lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pemilihan parti itu bagi sesi 2022 hingga 2025 ditangguhkan ke tarikh baharu bermula 13 hingga 18 Mei ini.

Penangguhan selaras dengan peruntukan Fasal 47.3 Perlembagaan PKR itu dimaklumkan beliau menerusi notis pekeliling.

Saifuddin berkata, pemilihan parti akan dijalankan menurut kaedah dan peruntukan baharu, sesuai dengan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan mesyuarat juga bersetuju hari pencalonan bagi peringkat cabang ditetapkan pada 8 hingga 10 April sementara pencalonan untuk jawatan MPP pada 11 April ini. MG

Nurul Izzah bimbang pemilihan parti diadakan sebelum PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker